Thursday, 14 February 2013

Sebuah Kematian

Assalamualaikum >_<

Kehidupan adalah satu pinjaman daripadaNya. Hidup di muka bumi ini adalah satu persinggahan sebelum beralih nya kita semua kepada alam yang lain. Ya, mati itu pasti ! Dan itu adalah janjiNya. Manusia tidak boleh menolak kematian walhal Nabi Muhammad S.A.W kita sekalipun tidak mampu untuk menolak ajalnya. 

AJAL dan MAUT itu adalah rahsia Allah S.W.T pernahkah kita terfikir bila dan dimana kita akan meninggal? apakah amalan yang akan kita bawa di akhirat kelak?  dan yang selalu bermain di minda dan akal saya, apakah amalanku sudah mencukupi untuk persediaan mati kelak? adakah kematian kita itu dalam keadaan yang baik (husnul khatimah) atau sebaliknya? Allahu Rabbi, Hanya Kau Yang Maha Mengetahui. 
Ampunkan hambaMu Ya Allah.......

Subhanallah....ajal itu tidak mengira sesiapa, tua, muda, sakit malahan sihat, itu semua adalah kerjaNya. Waima orang yang sihat segar-bugar juga boleh mati. ALLAH. 

Kelmarin dulu aku dikejutkan dengan pemergian Jurulatih Suksisku. Ya, Allayarham memang sakit, dan setiap kali petang Rabu dan Sabtu, walau sakit macam mana sekalipun arwah tetap menggagahkan diri untuk bekerja sampai satu saat dan ketika, wajah arwah sangat pucat dan kuning kerana penyakit Anemia yang dialaminya. Sedaya upaya arwah cuba menyembunyikan kesakitannya. Hubungan kami pelatih dan jurulatih ibarat bapa dan anak. Pemergiannya sangat dirasai. AL-FATIHAH. 

Ada hikmahnya Allah S.W.T menyembunyikan rahsia tarikh kematian kita. Antaranya
  1. Umat Islam diseru sentiasa melakukan taubat kepada Allah S.W.T dari segala dosa yang mereka lakukan, baik kecil ataupun besar.
  2. Adalah menjadi satu sunnah Nabi S.A.W menyeru Umatnya agar sentiasa mengingati mati.
  3. Umat Islam perlu ingat bahawa mati itu akan datang bila-bila masa sahaja, dan mereka sentiasa bersedia menghadapinya. Mereka sentiasa mempertingkatkan amalan masing-masing.
  4. Ingat akan mati boleh memecahkan benteng nafsu yang rakus dan juga sikap ego seseorang.
  5. Hati yang sentiasa mengingati mati akan sentiasa takut kepada Allah S.W.T, dan akan menimbulkan kekhusyukkan didalam amal ibadatnya, lantas meningkatkan kualiti ibadat seseorang.
  6. Dengan dirahsiakan tarikh kematian, manusia akan sentiasa melakukan amalan soleh dan mengingati Allah swt selalu.
  7. Umat Islam disunnatkan menziarahi orang yang mati, lantaran ia menimbulkan keinsafan didalam hati manusia. 

Oleh yang demikian, berebutlah kita untuk melakukan seberapa banyak ibadah dan sedekah yang boleh, sebagai saham diakhirat kelak. 

Daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.....
Wallahua'alam.....


Sumber Gambar:Nash
                                   

Tuesday, 5 February 2013

upgrade




masih dalam pembaikan.... Nantikan entry saya yang lebih menarik.... hehehe... *sambil tangan keatas tangan ke bahu* :p