Monday 26 September 2011

mata hati

kita ada mata tapi untuk melihat
kita ada telinga untuk mendengar
kita ada mulut untuk berbicara
kita ada hati untuk merasa apa yang orang lain rasa.

hari ini just dapat sedikit info. gunakan mata hati untuk selami perasaan dan jiwa seseorang. benar kita ada mata tapi hanyalah untuk luaran sahaja. kita teroka dan selami pula mata hati yang pada batinnya sahaja dapat memahami.

Wednesday 14 September 2011

Aku dan Suksis

KOR SUKSIS merupakan badan beruniform singkatan bagi Kor Sukarelawan Polis Siswa/i. Bergelar sebagai pelajar beruniform memang tak dapat dinafikan keletihan dan kepenatan. hari Rabu petang bersiap sedialah untuk pergi ke kompleks sukan dan disitulah aktiviti kawad bermula. tidak cukup dengan hari Rabu,  pantang sahaja hujung minggu, itulah hari yang 'dikacau' untuk melaksanakan latihan. sudahlah penat dengan seminggu kelas dan kuliah dikacau pula hari weekend kita. hehehe..tapi aku sebenarnya langsung tak kisah malah lagi suka menghadirkan diri dalam aktiviti ini. sudah minat aku, menjadi tanggungjawab dan keazaman untuk melaksanakannya walaupun ada rakan-rakan yang mengeluh.

memandangkan hari ini cuma permulaan, maka kami tadi sepetang menjalankan aktiviti menegangkan urat yang mana setelah 4 bulan tidak ber eksesaiz. urat-urat itu menjadi kendur. dikepalai oleh tuan mazlan maka bermacam-macam senaman yang dilakukan, sampaikan sy sendiri sudah tidak larat. huhuhu..tulah cuti lame tidak ber eksesaiz. sakit badab, pinggang dibuatnya. saboooo jelah.

hampir 3 semester sudah, diam tidak senyap aku kini merupakan badan beruniform SUKSIS..sememangnya aku memang minat dengan pekerjaan ini. Bukan senang hendak menjadi pegawai polis. Pemilihan yang sangat rigid amat menyukarkan untuk aku teruskan cita-cita ku sebagai seorang anggota polis. Maka dengan adanya KOR SUKSIS aku ingin memanfaatkannya dengan sebaik yang mungkin..iyalah..hanya disini sahaja aku dapat merasai segala macam seperti mana berada dalam pasukan rekrut polis. 

Di dalam SUKSIS ini pelbagai aktiviti yang dijalankan setiap semester. Antaranya larian 2.4 km 2 kali setiap semester (diambil catatan masa-lebih 16 minit GAGAL), ujian menembak, dan juga disertai ujian akademik serta ujian kawad. Ada juga aktiviti luar yang dijalankan bagi seetiap skuad. Kami skuad 5 pada semester ini membabitkan modul PGA iaitu IKHTIAR HIDUP atau MARA LASAK..memang betul-betul MASAK la kali ni..bak kata senior2 ianya sangat mencabar!!! tak sabar pula rasanya...hahahaha...

berikut merupakan gambar yang mana kami telah menghadiri aktiviti luar:



Kursus Orientasi 
Lokasi: PDS Port Dickson


 Kursus Etika dan Integriti 
 Lokasi: Kem PLKN Balik Pulau, Pulau Pinang


Kursus Asas Pertolongan Cemas (KAPC)
Lokasi: Polis Marin, Tampoi, Johor Bharu




Perkhemahan Tahunan Suksis
Lokasi: Taman Botanikal, Melaka

Jikalau aku diizinkan-Nya ingin sekali aku teruskan cita-cita aku...moge dipermudahkan. Amiinn. InsyaAllah.

Monday 12 September 2011

kelas bermula

alhamdulillah. semalam dah sampai ke Nilai naik bus catar. pertama kali ku merasai naik bus catar bersama-sama awok ganu USIM..hahaha..dan juga telah selamat mendaftar di kolej kediaman baru...Acacia Avanue...tempat yang agak selesa dengan dimuatkan satu rumah 5 hingga 8 orang students and depend on the house. kalau umah tu agak sedikit kecil boleh menempatkan seramai 5 orang, macam tempat yang sy duduk sekarang..hehehe..tapi ruangnya agaklah besar sedikit berbanding dengan kolej kediaman Nilam. kolej Acacia ini menempatkan students yang beruniform sahaja. dan yang menakjubkan kali ini kami dicampur dengan pelbagai badan unit beruniform tidak seperti semester lepas yang mana kami satu badan beruniform (Suksis) duduk sekelompok dalam satu blok dan badan lain duduk di blok yang lain.

tibalah hari ini, hari yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar degree untuk memulakan pelajaran mereka seperti biasa. hahaha. sungguh gegey dan riuh rendah apabila masing-masing bertemu setelah sekian lama tidak bertemu (ha'alah..2 bulan je pon) tak mengapalah long distance not to see juge..salam sana, salam sini, dan sambil-sambil itu selamat hari raya. ye lah still ag dalam mood raye kan.

tepat pada pukul 4.10 p.m. maka bermulalah subjek pertama kami iaitu Teori Kaunseling yang di ajar oleh Prof Madya Datin Dr Sapora Sipon..waaahhh..bangga3x.. :) senyum lebar sy..insyaAllah, moga Allah memberi sy kemudahan untuk belajar dalam subjek beliau dan juga subjek-subjek yang lain. kali ini subjek yang kami bawa agak boleh tahan juga. antaranya :

  1. Teori Kaunseling
  2. Teknik dan proses kaunseling
  3. Kaunseling dalam Al-Quran dan Al-Hadith
  4. Psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja
  5. Ulum Al-Quran 
  6. Ulum Al-Hadith

*menanti-nantikan hari esok pula..kelas bermula pada pukul 10 pagi..hahaha..*

























Saturday 10 September 2011

perlu ramai blogger berjiwa Islamik

assalamualaikum, waahhh..nampaknye kawan-kawan dan pembaca masih lagi menghadiri 'open house' ye lah..masih lagi dalam mood beraya..open house sana, sini, makan kenduri pun banyak..inilah yang dikatakan, bulan Syawal yang penuh dengan makanan..asyik makan je dari bermula 1 syawal hingga la ke akhir, huk3x..almaklum la raye kan sebulan..aduuiihh..berat tol..

baiklah, ape yang sy nak kongsikan disini, sy tertarik untuk mengupas tajuk "perlu ramai blogger berjiwa Islamik" daripada keratan akhbar Harian Metro 10 Jun 2011. Katanya, "negara kita perlu lebih ramai pelayar maya khususnya para daie diblog-blog, laman sosial twitter, facebook yang benar-benar Islamik berikutan ancaman penyebaran maklumat dipercayai terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar menerusi medium itu semakin berleluasa".

disitulah perlu mengangkat para daie untuk berdakwah menerusi alam maya dengan mengekang ancaman tersebut. sy juga sebagai seorang pelajar, memang amat mendahagakan ilmu pengetahuan khasnya ilmu agama dan kadang-kadang sy juga melayari laman-laman blog yang ditulis oleh para alim ulama. sy yakin, laman sesawang seperti blog, facebook, twitter adalah medium atau wasilah yang paling mudah untuk mencari panduan, pengetahuan tentang agama Islam dan jika diguna dengan sebaik mungkin ia akan menjadi pemangkin kepada generasi anak-anak muda kerana ia selalu digunakan.

namun ape yang berlaku hari ini, generasi Y lebih cenderung untuk menggunakan wasilah tersebut sebagai suka-suka dan tidak memanfaatkan dengan sebaiknya. sy ada seorang kawan yang mana laman facebooknya hanya dipenuhi dengan petikan-petikan al-hadith, Al-Quran juga kata-kata pujangga dari cendikiawan-cendikiawan Islam yang terulung. Begitulah cara penyampaiannya. 

tidak kurang juga menggunakan laman tersebut untuk menulis kata-kata makian dan cacian yang bagi sy ianya hanya merosakkan imej sebagai seorang Islam. apa pandangan orang bukan Islam apabila melihat keadaan, membaca post-post yang sedemikian. Bahasa yang dilontarkan sangat menunjukkan kebiadaban.  

jadi, sy menyeru wahai para readers blogger sekalian, jangan hanya jadikan blog, facebook dan twitter anda hanya sebagai tempat meluahkan perasaan, cacian dan makian tapi penuhilah ia dengan ilmu yang bermanfaat nescaya kalian juga yang tidak rugi kerana menyebarkan ilmu-ilmu-Nya.

sekian sahaja untuk entri kali ini. sob..sob..sob..malam ini sy sudah mahu balik ke Nilai dengan harapan semoga semester kali ini akan lebih cemerlang. InsyaAllah, jikalau ade masa, sy akan postkan sebanyak mana mungkin tentang ilmu Kaunseling yang sy pelajari. Sehingga bertemu kembali.

p/s : tajuk ini juga memberi peringatan kepada sy sendiri. maklum juga, sy juga sedar belog sy ini bukan belog ilmiah, hanya sekadar berkongsi bacaan, pengalaman. maaf, sy tidak sempurna.

Thursday 8 September 2011

come back to U

hari ini hari Khamis, esok Jumaat huurrmmm...lusa, dah Sabtu?? hallamak..cuti semester dah tamat..ayuh bangkit wahai mahasiswa/i!! kita dh kena balik uni..belajar belajar dan terus belajar berjuang untuk mendapatkan ilmuNya. yup. mungkin sebahagian kita dah terpaksa balik awal sebab handle pendaftaran dan orientasi pelajar tahun 1 sesi 2011/2012. syabas!! kerana anda bejaya mengorbankan masa dan mengenepikan cuti-cuti anda. hehehe.

selepas ini hari hari dipenuhi dengan kelas, btw sy dah lihat jadual kelas..tidak la padat sepertimana semester lepas. kali ini lebih banyak masa terluang. hehehe. akan tetapi sy tak mau sia-siakan waktu itu. dah banyak masa sy bazirkan masa cuti semester ini. para mahasiswa/i yg lain, mungkin memanfaat kan cutinya dengan melibatkan aktiviti yang dianjurkan oleh hal ehwal pelajar uni, ade juga menyertai badan-badan dakwah, kelas-kelas agama dan juga aktiviti oleh badan-badan NGO. Tahniah!!

setelah sekian lame duduk kat rumah, bile hampir tarikh nak pergi...tetibe rase sayu menyelubungi diri...sob..sob..sob. betul, sy bukan anak yang manja. tapi tolonglah ini hati sy, tiada siapa pun yang akan memahaminya. cuti lama-lama beginilah jadinya. hallamak seh. Ya Allah, kau kuatkanlah hatiku, tabahkanlah hatiku..

tadi mamiku de tanye 'teh, awok g bile??' balasku 'ri sabtu ni mami..bus malam' then my mum reply balik kata-kata ku 'eermm, ekg tinggal la mami sore dumoh'...gluurrpp..tetibe hatiku tersentuh dengan kate-kate nye..hati seorang ibu, aku memahami. saya sangat sayang mami. love u much mami. maaf kerana kata-kata ini hanya terzahir dalam belog ini. anakndamu tidak mampu untuk melafazkan kata-kata ini. 

sy bersyukur sangat sebab Ramadhan lepas, sy sempurnakan di rumah. mami ade menyatakan niatnya, insyaAllah, tahun depan mahu menunaikan umrah dalam bulan puasa dan mengajak sy sekali. sy memang excited apetah lagi, sy sudah melihat takwim akademik sesi 2011/2012 yang cuti juge semester juga akan jatuh pada bulan Jun till September. InsyaAllah sy akan ikut mami. Doa-doakanlah yerk.

satu-satunya sy x mau diri sy ini bersedih, sy akan cuba aktifkan diri, sibukkan diri dengan kerja-kerja, assaignment, dan kegiatan kokorikulum sy iaitu Suksis.

saya akan pratikkan sembahyang sunat taubat, sunat tasbih, sunat tahajjud yang mami ajarkan. sungguh! hati sy begitu kosong dan sepi. itulah yg perlu sy lakukan.

tak mau menghampakan harapan mami. tak mau bazirkan wang yg setiap mami kirim wang itu akan digunakan sebaik mungkin. insyaAllah semester ini sy nak belajar rajin-rajin. nak upgrade lagi usaha dr semester lepas. hanya doa mami yang dapat mengiringi kejayaan anakmu ini.

Keredhaan Allah terletak pada Keredhaan kedua IbuBapa. semoga sy mendapat Keredhaan dari-Nya.
sy nak mami tahu, yang kite amat menyayangi mami!! sayang mami! mungkin orang diluar hanye sekadar bace. tetapi sy yang menulis ini melafazkan dengan penuh rase..sob..sob..sob..haaaiiisshh..dh x mampu lagi

needed or not

kawan : 'awak, tak teringin rase nak couple ke?? ' x kan xde kot...impossible la kalu awak kate xde..(sambil senyum meleret ke arahku)

saya : huh?? (xde soalan lain dh ker? naseb baik soalan tuh x menjejaskan pemanduan aku) huurrmm..ntahla...alaaa awak nih, betol..sy xde pon la boyfriend boyfriend nih! sesumpah! kawan lelaki ade la, tapi xde yg teristimewa..haha..tapi kan awak, suke la ble tgk org dah sebaya kite ade pasangan masing-masing..and include you..

kawan : hehehe..(sambil tersipu-sipu malu) ye la...alhamdulillah, perkenalan kami dah hampir 2 tahun lebey something kot..harap-harapnye perkenalan hubungan kami sampai ke jinjang pelamin..insyaAllah..*dia (kawan sy jge) pun dh de teman jgak kan..x sngke...belajar kat Mesir lagi tuh..heee..

saya : insyaAllah..sy doa-doakan moge kalian sampai ke jinjang pelamin, 6ti nk buat kenduri jgn lupe jemput tau..nak ade kad jemputan..xmau kot fesbuk nih..hahaha (agak demand)..oowwhh..dia tuh..a'ah..ye, hehe beruntuglah..

* berubah topik lain plak..huhuhu*

iyup. memang sy akui seronok dgr org dah de pasangan masing-masing. bakal zauj untuk menerajui sebuah baitulmuslim dengan penuh KASIH SAYANG dan CINTA. bakal zauj yg bakal memimpin dan membimbing zaujah nya kearah perjuangan Islam, jalan yang di redhai Allah untuk mendapat kerahmatan dan keberkatan,  mendidik dan menyemai rasa CINTA terhadap Islam. itulah impian sy. sy mahu bakal suami sy itu dapat mendidik dan membimbing sy. itu yg sy harapkan, namun..(terhenti)

sy juga mahu ade pasangan seperti mereka. seriously. macam indah saje ade pasangan nih. tapi betol ke?? sangat indah ea?? couple itu indah ke?? huurmm..i think maybe not. but it's become sins!! if u could defense from doing any prohibited things maybe u far from zina. Iman akan mudah rapuh apabila seorang insan bertemu dengan beza jantinanya. antara dua orang pasangan itu yang ditengahnye pasti terselit syaitonirrojim!! yg sentiasa menggoda anak adam to doing any prohibited things!! astaghfirullahalazim. sy percaya dan yakin, kawan-kawan sy itu pasti sedar akan batas dalam perhubungan mereka dan juga tahu tahu membezakan antara yang benar dan salah, so i hope my buddies do not doing such thing that yg memalukan pada diri sendiri dan family diorang. sy pasti itu!

benar. dulu pernah de seorang hamba Allah yang mahu bercouple sama sy. sy langsung tidak menyangka. walaubagaimanapun, dengan jujur sy mengatakan bahawa sy tidak mahu. yelah, i am still high school student! namun, pada persepsi sy, bercouple lah selama mana pun, tapi dah kalau si dia bukan jodoh kita..nak buat macam mana..terima lah dengan hati yang redha, Allah telah merencanakan sebaik mungkin perjalanan hidup kita.

sy pernah melihat situasi ini di universiti, rata-rata pelajar yang berpasangan ini ada kalanya membawa pro dan kontra. sebagai contohnya, dapat dilihat di dalam perpustakaan, huurrmmm..sgt rajin ye, study sesama..itu, sy tidak tahu la..mengulangkaji pelajaran kah atau selainnya..hehehe..husnul zzonn..

beginilah sy katakan, untuk mengakhiri entri sy pada kali ini, cuma untyk memperingatkan bahawa berwaspadalah jika sudah bercouple, jaga diri anda wahai kaum muslimat jangan anda mudah terpedaya dengan kata-kata dusta unless jika dia adalah suami kita.
~~ Jaga Diri, Hiasilah Peribadi ~~

Saturday 3 September 2011

kembali sesak

Assalamualaikum...

Seperti biasa macam mana pada awalnya, begitulah akhirnya..jalan-jalan dan lebuh raya KEMBALI SESAK lagi. Warga kota yang pulang untuk berhari raya di kampung halaman kini sudah kembali ke 'sarang'nya untuk bekerja seperti biasa, kini segala-galanya kembali seperti asal. Mulalah kalau ada anak-anak kecil pasti ini lah yang membosankan mereka, manakan tidak jalan penuh sesak, menangis disitu, disana, akibat kepanasan!! Si bapa pula kalau yang pandu kereta gear manual, bertahan sajalah..tapi yang syioknya, gear automatik juga yang bikin senang..hahaha..

Walaubagaimanapun, diingatkan kepada semua para pemandu agar berhati-hati dijalan raya, ingatlah orang yang tersayang.

Esok juga, bagi pelajar-pelajar di negeri Terengganu, Kelantan, dan Kedah sudah mulakan hari persekolahan dan di negeri-negeri lain Isnin ini. Begitu juga dengan sebahagian para mahasiswa/i ada yang sudah kembali ke kampus kerana mengendalikan dan untuk melancarkan proses pendaftran penuntut bagi sesi 2011/2012. Semoga selamat semuanya.

p/s : pandu cermat, jiwa selamat :)

Friday 2 September 2011

salam Eidulfitri

Alhamdulillah..baru berkesempatan untuk menjengah laman blog sy ini setelah sekian lame terhenti buat seketika. Jadi belum terlambat la disini tuk sy mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog sy yang tak seberapa nih..hehe..

Ramadhan berlalu, Syawal menjengah..moga ibadah puasa kita yang lalu diterima oleh Allah s.w.t . Sayu hati ini, yelah, Ramadhan yang berlalu baru ini sudah berjaya kita sempurnakannya, mungkinkah Ramadhan akan datang sempat menjenguh kita?? Berdoa sajalah pada-Nya agar kita dipanjangkan umur tuk menunggu Ramadhan yg akan datang..insyaAllah..

Sy selalu mengingatkan pada diri sy sendiri agar jangan mudah berasa puas hati dengan apa yg telah sy lakukan sepanjang Ramadhan lepas..selalu berasakan bahawa tidak cukup lagi dengan segala amalan2 yg telah dilakukan kerana kita hanyalah insan yang sering melakukan kesilapan dan kesalahan. Iman manusia itu sering bertambah dan berkurang bukannya seperti iman para Nabi dan Rasul yg sering bertambah dan bukan pula seperti iman para malaikat yg sentiasa konsisten.

Memang benar payah untuk melakukan sesuatu perkara dengan secara mendadak, tapi jika kita melatih diri kita untuk membuat sesuatu amalan itu secara berperingkat-peringkat dan sentiasa berterusan (istiqamah) itu sudah memadai. Andai dipanjangkan umur lagi, pada Ramadhan yg akan datang sy akan lebih bersungguh-sungguh lagi dalam menggandakan dan mengejar 'offer' atau tawaran yg tidak ada padanya dalam bulan-bulan yg lain. InsyaAllah..

Dalam bulan Syawal yg mulia ini juga, sedang kita berhari raya jangan lah kita melupakan pula puasa sunat  enam. Nabi Muhammad s.a.w bersabda : “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.).