Saturday, 3 September 2011

kembali sesak

Assalamualaikum...

Seperti biasa macam mana pada awalnya, begitulah akhirnya..jalan-jalan dan lebuh raya KEMBALI SESAK lagi. Warga kota yang pulang untuk berhari raya di kampung halaman kini sudah kembali ke 'sarang'nya untuk bekerja seperti biasa, kini segala-galanya kembali seperti asal. Mulalah kalau ada anak-anak kecil pasti ini lah yang membosankan mereka, manakan tidak jalan penuh sesak, menangis disitu, disana, akibat kepanasan!! Si bapa pula kalau yang pandu kereta gear manual, bertahan sajalah..tapi yang syioknya, gear automatik juga yang bikin senang..hahaha..

Walaubagaimanapun, diingatkan kepada semua para pemandu agar berhati-hati dijalan raya, ingatlah orang yang tersayang.

Esok juga, bagi pelajar-pelajar di negeri Terengganu, Kelantan, dan Kedah sudah mulakan hari persekolahan dan di negeri-negeri lain Isnin ini. Begitu juga dengan sebahagian para mahasiswa/i ada yang sudah kembali ke kampus kerana mengendalikan dan untuk melancarkan proses pendaftran penuntut bagi sesi 2011/2012. Semoga selamat semuanya.

p/s : pandu cermat, jiwa selamat :)

No comments:

Post a Comment