Monday 27 February 2012

gambar

SEDIH, HIBA dan KECIWA apabila aku menge'check' pendrive aku untuk melihat kembali foto-foto lama bersama arwah ayahnda yang terchenta dan keluarga yang tersayang hilang begitu sahaja...

sekali gus meranapkan emosi aku di petang itu....

sungguh!!! aku SEDIH!! aku rindukan memori-memori tersebut....apatah lagi foto-foto berkenaan itulah yang aku tatap setiap kali aku RINDU pada arwah babaku....dan itulah kenangan bersama beliau yang 'terbaru'..tanggal 2006 di Kemboja dan Vietnam..

gambar yang penuh kegirangan, bercuti bersama keluarga....

memang benar, hanya sekeping gambar mampu mengembalikan kenangan dan kisah silam kita...terselit 1001 kenangan walaupun hanya di atas sekeping gambar....

memori itu tetap ada..akan ku tetap sematkan di hati ini....abadan abada ~ selama-lamanya

Ya Rabb RINDUKU padanya tidak terkira....
sungguh hati ini sayu...
Ya Allah..tempatkanlah arwah babaku dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh....

AL-FATIHAH

satu-satunya gambar kenangan yang masih ada dalam koleksi ku
baba dan mami, sayang kalian berdua :)

Tuesday 21 February 2012

i hope..

bile kita dah berharap dengan seseorang...
dan harapan itu yg kita genggam...
kalu tak dapat..
merana hati dan perasaan...

jadi tolong...
tolong jangan 
bagi saya
apa apa harapan pun kepada saya...

namun saya berharap
yang ia tidak menjadi
realiti..
cukuplah hanya sekadar fantasi...

walaupun sebenarnya saya dah mula berharap


bila dah bosan beginilah jadinya..hanya sekadar tulisan semata-mata..hohoho

~hopeless~

"bantulah diri sendiri sebelum nak bantu orang lain"

macam mane nak tolong orang dah kalu diri sendiri pun macam tuh...
tak ada daya untuk 
selesaikan masalah sendiri...
macam mane nak 'settle'kan masalah orang lain dah kalu masalah diri sendiri pun lebih terbeban daripada orang yang kita nak tolong tuh...
ibarat orang buta memimpin kawannya yang buta...
satu masalah pun tak kan selesai...
ape nak buat...


Saturday 11 February 2012

Melayu Mudah Lupa

masihkah kau ingat...

                                                                                        


tetibe saje aku teringat akan sajak beliau...menjadi inspirasi kepada aku..kerana PERJUANGAN KU BELUM SELESAIII...

ayuh semua!! pertahankan lah BUMI MALAYSIA ini daripada berulangnya kembali peristiwa yang boleh menggugat KEAMANAN kita...


Sunday 5 February 2012

Salam Maulidur Rasul

       
Kelahiran Muhammad
(12 Rabiulawal)


Ketika langit biru diliputi awan hitam
... kelam segalanya, tiada cahaya di sana menyinar
manusia meraba-raba, kegelapan mencari sinar terang
semua huru hara tiada punya ketentuan.

Demikian nasib murba hidup di maya pada
sebelum Muhammad pemandu Islam lahir ke dunia
ketika itu nasib murba hidup dalam
kepincangan – kejahilan dan ketakutan
tiada lagi iktikad segalanya tiada punya pegangan.

Di sana tindas-menindas berjalan berleluasa
membunuh – merampas – menceroboh sudah menjadi kebiasaan
bumi sentiasa mengalir dari darah yang tumpah
hanya bagi si gagah – kuat hidup penuh kemenangan
bagi manusia lemah sentiasa duduk penuh ketakutan.

Tapi, di saat akhir peredaran zaman
lahirlah Muhammad, pemimpin sejati
Pesuruh Allah
membawa obor menyuluh nyata penegak kebenaran
memimpin manusia dari serba keruntuhan
berakhirlah terkubur tragedi – buat abadi
dan bersinarlah Islam terang-menerangi
di serata pelosok – di seluruh alam.

Kini detik lahirnya Muhammad menjelang
umat Islam menyambut sejarahnya – penuh kesyukuran.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدSelawat Allah ke atas Muhammad
  صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
  ... صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya
Ya Rasulullah...seandainya Dikau bersama kami.....
                         

Friday 3 February 2012

sambungan..

sambungan : http://cheritasanasitu.blogspot.com/2012/01/bingkisan-dari-kem-briged-utara-pga-ulu.html

maka bermulalah perjalanan hidup kami di sini...dengan dimulakan kelas pengenalan tentang apa itu PGA iaitu Polis Gerakan Am:
  • dikenali sebagai jungle skuad kemudian diubah lagi namanya kepada jungle company(1951). pada 1953 di tukar lagi namanya kepada Pasukan Polis Hutan dan sehinggalah dibubar kembali menjadi Polis Gerakan Am(1997).
  • Kem Briged PGA Ulu Kinta merupakan pusat utama atau induk selain daripada kem yang ada di Cheras, Kuantan, Kedah.
kami juga mempelajari kompas prismetik. dan sehubungan dengan itu kami mempratikkannya pula. tidak cukup dengan game kompas siang, kompas malam pun ada juga.

kompas game...di malam hari...

kami juga ada inokulasi seksyen yang mana setiap seksyen dibahagikan kepada:

  1.  HQ
  2. RECCE
  3. RIFLE
  4. BREN
kami juga mempelajari jenis2 rangkak antaranya rangkak budak, rangkak cicak, rangkak rusuk, berguling, dan lain-lain..tujuannya adalah untuk bergerak merapati musuh atau melarikan diri daripada musuh dan dipratikkan didalam inokulasi seksyen ini. semasa inokulasi seksyen, ragam kami:

 ini memang real....bom asap merah semasa menjalankan tugas di inokulasi seksyen..

merangkak di bawah kawat duri yang panjangnya kira2 100m...

bersiap sedia...

dan yang tak bley blah skali adalah aku menjadi komander....arahan yg aku beri "RECCE, RIFLE MAARAA" dan "BREN.....DOWN"..huhuhu...

paling best dan menyeronokkan adalah kawad berpengkalan. mempunyai 10 rukun antaranya:
  1. keluar track
  2. peninjauan
  3. mengamil tempat
  4. periksa kedudukan
  5. ronda pembersihan
  6. menghantar penghadang
  7. masa kerja
  8. menghantar pengawal tarik penghadang
  9. kerja biasa
  10. stand to
bermalam dalam hutan bersama-sama khemah ponco dan pacat2...maklumlah tidak sampai beberapa minit kami mendirikan khemah, hujan turun dengan lebatnya. kesejukan dan kedinginan menyerbu hingga ke tulang hitam. menggigil~~~ dengan baju uniform yang dipakai....

hari keesokannya, pada petangnya kami pun keluar hutan...haha...dsn lusa, merupakan hari akhir kami di sini. yeeaaahhh...merentas halangan...sungguh aku tak suka tempat tinggi..sesungguhnya aku GAYAT!! aku cukup kecewa dengan diri aku sendiri sebenarnya...ada lebih kurang 3 halangan yang aku tak mampu untuk redahi...sarang labah-labah, naik palang yang begitu tinggi, dan yang aku wase sampai seumur hidop pon aku x kan melupakan adalah terjun kolam walhal bukan lah sedalam mana pon tapi sifat PENAKUT aku dah menguasai diri...mengimbau kembali kenangan di PULAMAR...huhuhu..

apapun takkan ku lupa sampai bila2..kursus ini kan disematkan ketat2 dalam memori ku.


we are 1TEAM!!

Kemahiran Ikhtiar Hidup
para skuad lelaki..bersemangat!!

Barisan para jurulatih yang kami sanjungi..we love all of u!! thanxx cik aya, cik wahab, cik shahrom, cik musa, cik mat n our senior pn bieja..hehehe