Tuesday 25 October 2011

releaskan tension

fenin la..ana sudah mabuk itu sama assignment la...huhu..sambil-sambil menge'search' internet tuk dapatkan maklumat tuk bahas ulum Al-Quran, blogwalking ke mana-mana sahaja mahu dituju..last2 aku mau post something here...

Ya Allah, memang dugaan...sedikit ke'tension'nan bila memikirkan assaignment ni...jadi an nak dijadikan cerita aku buke la music player, dengar2 lagu berunsurkan nasyid. Seriously, memang kene la...alunan suara yang lembut dan lirik yang menusuk kalbu..huk3x..

Nak tau aku buke lagu ape?? haaa..meh sini aku nak share ngan korang..

Sila lah melayan..dengan penuh preoccupied. :) :)



                            



Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia


setelah mendengar lagu ini berulang kali...ia menjadi insiprasi aku untuk cuba menyiapkan assignment ini...i will try...nope la, i try..(teringat sorang kakak senior tu, dia kate, jangan kate, saya akan cuba, tapi berkatalah, saya cuba..hehe terbaiklahh) :)

Sunday 23 October 2011

mengejar impian

suatu petang didalam kelas Madam Dini, kami telah membincangkan satu topik yang saya kira agak menarik untuk dikongsikan bersama.


"Is counseling the appropriate field for you?" 
"why do you want to become a counselor?"

soalan ini memang bertepatan dengan diri saya. Sememangnya bidang yang saya pilih sekarang iaitu Kaunseling bukan bidang yang saya minati. Saya KAUNSELOR??? Sejujurnya, saya mahukan yang lain. Semasa mengisi UPU dulu, cikgu yang uruskan, saya bertanya pendapat guru kaunseling, apa yang layak dengan result yang saya peroleh sekarang. Kerana itulah yang saya rasakan paling selamat apabila bertanyakan guru. Saya percaya dengan pilihan cikgu, tapi sayang cita-cita atau impian saya bukan ke arah itu. Dan saya lakukan adalah semata-mata mahu menempatkan diri di UNIVERSITI. Teruk bukan. :(

"Is counseling the appropriate field for you?" 

ABSOLUTELY I said NO! dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu apa yang saya mahukan. Semacam madam tahu saje apa yang pelajarnya mahukan. Akan tetapi tidak dapat tidak, bila berada dalam program Kaunseling sekarang, saya 'terpaksa' memupuk minat untuk belajar.

dan tetiba saja saya madam memanggil saya :

yes. you (call my name). why you don't want to become a counselor?

saya tak mahu, ini bukan bidang yang saya agung-agungkan, bukan bidang yang saya minati. Saya ada cita-cita, impian yang perlu saya realitikan. Saya rasa kerjaya itu sahaja yang mampu bahagiakan saya...(cheeewaaaahh..ayat tak ley blahhh)

so, what are you going to be?

saya tetap pada cita-cita saya, saya nak jadi PEGAWAI POLIS. terkedu jap madam.

why not you get into police training?

eerrmm..ntahlaa. banyak halangan masa tu. Mak ayah tak kasi masa tu. InsyaAllah lepas habis degree ni, saya ingat nak sambung belajar kat latihan polis.

but you can also work at BAKA right, but you still want to be a police ea? So, did you think, you waste time, you have to learn in this program, 4 years?

memang BAKA pon kat pejabat polis gak, tapi saya tetap dengan pendirian saya, nak jadi POLIS. Bagi saya, buang masa belajar dalam program ni, bukan istilah sebenar. Biarlah saya ade ilmu tu, tapi ruginya jika saya diizinkan Allah untuk menjadi POLIS, ilmu tu tidak di apply tapi insyaAllah, saya tak akan sia2kan ilmu yang saya ada ketika bergelut belajar nak dapatkan ilmu.

okey but then, make sure you acchieve your goal. :)

insyaAllah...thank you madam.

itulah antara dialog saya dengan madam. saya memang x minat lam bidang nih. hati saya hanya kat situ. susah bukan. walaubagaimanapun, pada pendapat saya, tidak semestinya apa yang kita belajar sekarang, itulah yang kita akan jadikan sebagai kerjaya pada masa akan datang.

pendapat kalian?

Tuesday 4 October 2011

agihan kumpulan

SUBHANALLAH!! sekejapnya masa berlalu...dan kini sudah memasuki bulan Oktober..Oktober wahai cik blogger weh...ini bermakna kita sudah lalui 4 minggu pengkuliahan. dan saya belum lagi balik ke kampung halam yang terchenta..(huk..huk..huk..poyos aje) 

Dalam 4 minggu waktu pengkuliahan macam-macam bende terjadi..yang menyedihkan, menyeronokkan, yang TERSENTAP, yang TERASA ini semua gara-gara agihan atau pembahagian kumpulan. Biasalah, nak buat assignment kan mesti ada kumpulan, terpulanglah kepada lecturer nak tetapkan berapa orang dalam satu group.

Alkisahnya, ADILKAH saya terhadap roommate yang mana saya tidak bersatu group dengannya??? jikalau anda, roomate anda mengambil atau diambil oleh orang lain untuk membuat assignment dengan rakan yang lain, BAGAIMANA?? tegarkah anda?? salah saya juga ke?? perlu ke saya bersatu group dengannya atas semata-mata kami ini ROOMMATE??

Bagi saya terpulanglah kan, nak group dengan sesiapa sahaja asalkan kerja jalan. NO SLEEPING PARTNER!!!