Sunday, 23 October 2011

mengejar impian

suatu petang didalam kelas Madam Dini, kami telah membincangkan satu topik yang saya kira agak menarik untuk dikongsikan bersama.


"Is counseling the appropriate field for you?" 
"why do you want to become a counselor?"

soalan ini memang bertepatan dengan diri saya. Sememangnya bidang yang saya pilih sekarang iaitu Kaunseling bukan bidang yang saya minati. Saya KAUNSELOR??? Sejujurnya, saya mahukan yang lain. Semasa mengisi UPU dulu, cikgu yang uruskan, saya bertanya pendapat guru kaunseling, apa yang layak dengan result yang saya peroleh sekarang. Kerana itulah yang saya rasakan paling selamat apabila bertanyakan guru. Saya percaya dengan pilihan cikgu, tapi sayang cita-cita atau impian saya bukan ke arah itu. Dan saya lakukan adalah semata-mata mahu menempatkan diri di UNIVERSITI. Teruk bukan. :(

"Is counseling the appropriate field for you?" 

ABSOLUTELY I said NO! dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu apa yang saya mahukan. Semacam madam tahu saje apa yang pelajarnya mahukan. Akan tetapi tidak dapat tidak, bila berada dalam program Kaunseling sekarang, saya 'terpaksa' memupuk minat untuk belajar.

dan tetiba saja saya madam memanggil saya :

yes. you (call my name). why you don't want to become a counselor?

saya tak mahu, ini bukan bidang yang saya agung-agungkan, bukan bidang yang saya minati. Saya ada cita-cita, impian yang perlu saya realitikan. Saya rasa kerjaya itu sahaja yang mampu bahagiakan saya...(cheeewaaaahh..ayat tak ley blahhh)

so, what are you going to be?

saya tetap pada cita-cita saya, saya nak jadi PEGAWAI POLIS. terkedu jap madam.

why not you get into police training?

eerrmm..ntahlaa. banyak halangan masa tu. Mak ayah tak kasi masa tu. InsyaAllah lepas habis degree ni, saya ingat nak sambung belajar kat latihan polis.

but you can also work at BAKA right, but you still want to be a police ea? So, did you think, you waste time, you have to learn in this program, 4 years?

memang BAKA pon kat pejabat polis gak, tapi saya tetap dengan pendirian saya, nak jadi POLIS. Bagi saya, buang masa belajar dalam program ni, bukan istilah sebenar. Biarlah saya ade ilmu tu, tapi ruginya jika saya diizinkan Allah untuk menjadi POLIS, ilmu tu tidak di apply tapi insyaAllah, saya tak akan sia2kan ilmu yang saya ada ketika bergelut belajar nak dapatkan ilmu.

okey but then, make sure you acchieve your goal. :)

insyaAllah...thank you madam.

itulah antara dialog saya dengan madam. saya memang x minat lam bidang nih. hati saya hanya kat situ. susah bukan. walaubagaimanapun, pada pendapat saya, tidak semestinya apa yang kita belajar sekarang, itulah yang kita akan jadikan sebagai kerjaya pada masa akan datang.

pendapat kalian?

No comments:

Post a Comment