Sunday 29 January 2012

bingkisan dari Kem Briged Utara PGA Ulu Kinta, Perak

alhamdulillah, misi dah tamat. semalat tinggal Kem Briged Utara PGA Ulu Kinta, Perak, selamat tinggal dan terima kasih kepada para jurulatih-jurulatih yang senantiasa memberi ilmu pengetahuan yang amat berguna pada kami credit:- Cik Ismail, Cik Nasir, Cik Tuah, dan tak lupe kepada Cik Ran Lin (mereka adalah Sarjan) juga bos Tuan Rozhan (Insp) yang memberi tunjuk ajar sepanjang dalam latihan.

selama 6 hari kami berkampung disana banyak ilmu yang kami peroleh, belajar kompas, tengok peta, skill dan teknik, taktik segala bagai lah dalam menyerang musuh. dan tak lupa juge kemahiran ikhtiar hidup semasa dalam hutan. itu yang paling menyeronokkan.

pengenalan kursus modul PGA ini adalah sebahagian dalam takwim semester Kor Suksis ianya adalah bertujuan untuk memberi pendedahan sedikit sebanyak tentang ilmu kehutanan. beruntunglah kami semua kerana dapat merasa dan menimba sendiri ilmu dan pengalaman yang mana mungkin tidak dapat jikalau tidak menyertai badan unit beruniform Kor Suksis :)

akan saya kupaskan sedikit demi sedikit tentang apa yang telah kami lakukan selama 6 hari 5 malam di sini. berjumpa lagi di lain waktu. ;)

Saturday 21 January 2012

siap siaga

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sume para pembaca...aiiseehh memang dh lame sgt x update blog nih...almaklumlah...musim peperiksaan la katekan...selesai exam, terlerai segala beban..selama satu semester telah berhempas pulas belajo <ye la sangat..padhal, esok nk exam, malam ni baru pulun habis-habisan,berjuang sehingga otak dh tepu..hohohoho>.

*aku sudah lakukan sebaik mungkin, hanya berserah padaNya~~*

selesai aje peperiksaan yg telah berakhir 18hb yg lalu, aku duduk termenung...huhuhu..ye lah...orang lain dh boleh kemas-kemas barang untuk pulang ke kampung halaman..aku, kemas barang untuk bersiap ke KEM PGA....aarrgghh..misi yg x pernah selesai selagi aku masih terikat dengan SUKSIS..dan kini......aku perlu mempersiapkan diri aku...

mengikut kata-kata senior, modul yang disediakan amat mencabar dan memerlukan ketabahan fizikal dan mental. ye lahhh..mane xnye, masuk hutan, buat aktiviti yang tough2...

yup itu aje...huhuhu..dh xde idea...

wsalam...

Tuesday 3 January 2012

kembali ke sekolah

assalamualaikum

kelihatannya belum terlambat lagi kut nak memberi ucapan:

SELAMAT TAHUN BARU 2012 dan selamat tinggal 2011..maka alkisah bertambah la lanjut usia ini. tak sangka...

bukan ini yang aku nak ceritakan...

hari ini bagi negeri di Pantai Timur, sudah bermulanya sesi persekolahan. termasuklah anak buah aku yang sorang nih...bukan masuk sekolah darjah 1 pon...tapi baru tadika... Tadika Yayasan Islam...berumur 5 tahun...

kata uminya tadi, memang agak liat la sedikit...budak2 kan...setelah di pujuk, baru jalan...bagi saya itu pastinya satu perubahan yang besar bagi dia. Sebelum ini, kalau umi dan abinya pergi ke tempat kerja, dia bersama adiknya di tempatkan di taman asuhan kanak2 YPK. Maka hari ini bermulalah hari baru bagi muiz, bercampur dengan teman2 sebaya, bermulalah perkembangan sosial nya. 

harap muiz biasakan diri di tempat baru dengan suasana yang baru kelas baru  cikgu baru....hehehe...



0oo0_oopss...dia tak pandang ke sini....