Sunday 29 January 2012

bingkisan dari Kem Briged Utara PGA Ulu Kinta, Perak

alhamdulillah, misi dah tamat. semalat tinggal Kem Briged Utara PGA Ulu Kinta, Perak, selamat tinggal dan terima kasih kepada para jurulatih-jurulatih yang senantiasa memberi ilmu pengetahuan yang amat berguna pada kami credit:- Cik Ismail, Cik Nasir, Cik Tuah, dan tak lupe kepada Cik Ran Lin (mereka adalah Sarjan) juga bos Tuan Rozhan (Insp) yang memberi tunjuk ajar sepanjang dalam latihan.

selama 6 hari kami berkampung disana banyak ilmu yang kami peroleh, belajar kompas, tengok peta, skill dan teknik, taktik segala bagai lah dalam menyerang musuh. dan tak lupa juge kemahiran ikhtiar hidup semasa dalam hutan. itu yang paling menyeronokkan.

pengenalan kursus modul PGA ini adalah sebahagian dalam takwim semester Kor Suksis ianya adalah bertujuan untuk memberi pendedahan sedikit sebanyak tentang ilmu kehutanan. beruntunglah kami semua kerana dapat merasa dan menimba sendiri ilmu dan pengalaman yang mana mungkin tidak dapat jikalau tidak menyertai badan unit beruniform Kor Suksis :)

akan saya kupaskan sedikit demi sedikit tentang apa yang telah kami lakukan selama 6 hari 5 malam di sini. berjumpa lagi di lain waktu. ;)

No comments:

Post a Comment