Alhamdulillah..baru berkesempatan untuk menjengah laman blog sy ini setelah sekian lame terhenti buat seketika. Jadi belum terlambat la disini tuk sy mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog sy yang tak seberapa nih..hehe..
Ramadhan berlalu, Syawal menjengah..moga ibadah puasa kita yang lalu diterima oleh Allah s.w.t . Sayu hati ini, yelah, Ramadhan yang berlalu baru ini sudah berjaya kita sempurnakannya, mungkinkah Ramadhan akan datang sempat menjenguh kita?? Berdoa sajalah pada-Nya agar kita dipanjangkan umur tuk menunggu Ramadhan yg akan datang..insyaAllah..
Sy selalu mengingatkan pada diri sy sendiri agar jangan mudah berasa puas hati dengan apa yg telah sy lakukan sepanjang Ramadhan lepas..selalu berasakan bahawa tidak cukup lagi dengan segala amalan2 yg telah dilakukan kerana kita hanyalah insan yang sering melakukan kesilapan dan kesalahan. Iman manusia itu sering bertambah dan berkurang bukannya seperti iman para Nabi dan Rasul yg sering bertambah dan bukan pula seperti iman para malaikat yg sentiasa konsisten.
Memang benar payah untuk melakukan sesuatu perkara dengan secara mendadak, tapi jika kita melatih diri kita untuk membuat sesuatu amalan itu secara berperingkat-peringkat dan sentiasa berterusan (istiqamah) itu sudah memadai. Andai dipanjangkan umur lagi, pada Ramadhan yg akan datang sy akan lebih bersungguh-sungguh lagi dalam menggandakan dan mengejar 'offer' atau tawaran yg tidak ada padanya dalam bulan-bulan yg lain. InsyaAllah..
Dalam bulan Syawal yg mulia ini juga, sedang kita berhari raya jangan lah kita melupakan pula puasa sunat enam. Nabi Muhammad s.a.w bersabda : “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.).
No comments:
Post a Comment