Wednesday 14 September 2011

Aku dan Suksis

KOR SUKSIS merupakan badan beruniform singkatan bagi Kor Sukarelawan Polis Siswa/i. Bergelar sebagai pelajar beruniform memang tak dapat dinafikan keletihan dan kepenatan. hari Rabu petang bersiap sedialah untuk pergi ke kompleks sukan dan disitulah aktiviti kawad bermula. tidak cukup dengan hari Rabu,  pantang sahaja hujung minggu, itulah hari yang 'dikacau' untuk melaksanakan latihan. sudahlah penat dengan seminggu kelas dan kuliah dikacau pula hari weekend kita. hehehe..tapi aku sebenarnya langsung tak kisah malah lagi suka menghadirkan diri dalam aktiviti ini. sudah minat aku, menjadi tanggungjawab dan keazaman untuk melaksanakannya walaupun ada rakan-rakan yang mengeluh.

memandangkan hari ini cuma permulaan, maka kami tadi sepetang menjalankan aktiviti menegangkan urat yang mana setelah 4 bulan tidak ber eksesaiz. urat-urat itu menjadi kendur. dikepalai oleh tuan mazlan maka bermacam-macam senaman yang dilakukan, sampaikan sy sendiri sudah tidak larat. huhuhu..tulah cuti lame tidak ber eksesaiz. sakit badab, pinggang dibuatnya. saboooo jelah.

hampir 3 semester sudah, diam tidak senyap aku kini merupakan badan beruniform SUKSIS..sememangnya aku memang minat dengan pekerjaan ini. Bukan senang hendak menjadi pegawai polis. Pemilihan yang sangat rigid amat menyukarkan untuk aku teruskan cita-cita ku sebagai seorang anggota polis. Maka dengan adanya KOR SUKSIS aku ingin memanfaatkannya dengan sebaik yang mungkin..iyalah..hanya disini sahaja aku dapat merasai segala macam seperti mana berada dalam pasukan rekrut polis. 

Di dalam SUKSIS ini pelbagai aktiviti yang dijalankan setiap semester. Antaranya larian 2.4 km 2 kali setiap semester (diambil catatan masa-lebih 16 minit GAGAL), ujian menembak, dan juga disertai ujian akademik serta ujian kawad. Ada juga aktiviti luar yang dijalankan bagi seetiap skuad. Kami skuad 5 pada semester ini membabitkan modul PGA iaitu IKHTIAR HIDUP atau MARA LASAK..memang betul-betul MASAK la kali ni..bak kata senior2 ianya sangat mencabar!!! tak sabar pula rasanya...hahahaha...

berikut merupakan gambar yang mana kami telah menghadiri aktiviti luar:



Kursus Orientasi 
Lokasi: PDS Port Dickson


 Kursus Etika dan Integriti 
 Lokasi: Kem PLKN Balik Pulau, Pulau Pinang


Kursus Asas Pertolongan Cemas (KAPC)
Lokasi: Polis Marin, Tampoi, Johor Bharu




Perkhemahan Tahunan Suksis
Lokasi: Taman Botanikal, Melaka

Jikalau aku diizinkan-Nya ingin sekali aku teruskan cita-cita aku...moge dipermudahkan. Amiinn. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment