Saturday, 10 September 2011

perlu ramai blogger berjiwa Islamik

assalamualaikum, waahhh..nampaknye kawan-kawan dan pembaca masih lagi menghadiri 'open house' ye lah..masih lagi dalam mood beraya..open house sana, sini, makan kenduri pun banyak..inilah yang dikatakan, bulan Syawal yang penuh dengan makanan..asyik makan je dari bermula 1 syawal hingga la ke akhir, huk3x..almaklum la raye kan sebulan..aduuiihh..berat tol..

baiklah, ape yang sy nak kongsikan disini, sy tertarik untuk mengupas tajuk "perlu ramai blogger berjiwa Islamik" daripada keratan akhbar Harian Metro 10 Jun 2011. Katanya, "negara kita perlu lebih ramai pelayar maya khususnya para daie diblog-blog, laman sosial twitter, facebook yang benar-benar Islamik berikutan ancaman penyebaran maklumat dipercayai terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar menerusi medium itu semakin berleluasa".

disitulah perlu mengangkat para daie untuk berdakwah menerusi alam maya dengan mengekang ancaman tersebut. sy juga sebagai seorang pelajar, memang amat mendahagakan ilmu pengetahuan khasnya ilmu agama dan kadang-kadang sy juga melayari laman-laman blog yang ditulis oleh para alim ulama. sy yakin, laman sesawang seperti blog, facebook, twitter adalah medium atau wasilah yang paling mudah untuk mencari panduan, pengetahuan tentang agama Islam dan jika diguna dengan sebaik mungkin ia akan menjadi pemangkin kepada generasi anak-anak muda kerana ia selalu digunakan.

namun ape yang berlaku hari ini, generasi Y lebih cenderung untuk menggunakan wasilah tersebut sebagai suka-suka dan tidak memanfaatkan dengan sebaiknya. sy ada seorang kawan yang mana laman facebooknya hanya dipenuhi dengan petikan-petikan al-hadith, Al-Quran juga kata-kata pujangga dari cendikiawan-cendikiawan Islam yang terulung. Begitulah cara penyampaiannya. 

tidak kurang juga menggunakan laman tersebut untuk menulis kata-kata makian dan cacian yang bagi sy ianya hanya merosakkan imej sebagai seorang Islam. apa pandangan orang bukan Islam apabila melihat keadaan, membaca post-post yang sedemikian. Bahasa yang dilontarkan sangat menunjukkan kebiadaban.  

jadi, sy menyeru wahai para readers blogger sekalian, jangan hanya jadikan blog, facebook dan twitter anda hanya sebagai tempat meluahkan perasaan, cacian dan makian tapi penuhilah ia dengan ilmu yang bermanfaat nescaya kalian juga yang tidak rugi kerana menyebarkan ilmu-ilmu-Nya.

sekian sahaja untuk entri kali ini. sob..sob..sob..malam ini sy sudah mahu balik ke Nilai dengan harapan semoga semester kali ini akan lebih cemerlang. InsyaAllah, jikalau ade masa, sy akan postkan sebanyak mana mungkin tentang ilmu Kaunseling yang sy pelajari. Sehingga bertemu kembali.

p/s : tajuk ini juga memberi peringatan kepada sy sendiri. maklum juga, sy juga sedar belog sy ini bukan belog ilmiah, hanya sekadar berkongsi bacaan, pengalaman. maaf, sy tidak sempurna.

No comments:

Post a Comment