assalamualaikum dan selamat pagi...
dengan ini sy bawakan satu topik, iaitu Leadership atau pun Kepimpinan...adakah sifat kepimpinan ini ada pada anda semua?? apa itu kepimpinan?? bedakah antara pemimpin dgn ketua?? pentingkah seorang pemimpin itu dalam ssutu organisasi??
baiklah, kepimpinan atau leadership itu adalah perkongsian suatu hubungan jangka masa yg lama antara pemimpin dengan ahli anggota. Mengikut Peter Block, perkongsian ketua dan ahli anggota saling berhubungan dan saling memerlukan antara satu sama lain. Block juga menyatakan disini bahawa ada 4 perkara penting didalam perkongsian ini yg perlu wujud :
- Saling bertukar pendapat. Dengan ini, seorang ketua perlu berbincang dengan setipa pekerja2 dalam hal2 yg penting untuk mendapatkan persepakatan bersama. Contohnya, dalam merealisasikan objektif sesuatu organisasi.
- Hak untuk berkata tidak. Sebagai pengikut kepada ketua, kita juga ada hak tuk menyatakan tidak dalam hal2 yg tidak dipersetujui. Membantahlah dengan cara yg profesional.
- Bertanggungjawab. Dalam sesebuah organisasi, setiap orang perlu bertanggungjawab tuk setiap kerja yg dilakukan. Oleh yg demikian, kita perlu bersiap siaga dalam menghadapi apa2 kesulitan dan cabaran diatas perbuatan kita sendiri samada kegagalan yg menempa atau kejayaan yang dicapai.
- Berterus-terang. Dalam sesuatu perkongsian, janganlah kita senyap sahaja jika ada yg tidak kena. Kerana kesenyepan itu boleh membawa kepada pengkhianatan yg dia tahu itu boleh mendatangkan bahana kepada organisasinya. Misalannya, seorang pekerja telah melakukan kes kolar putih, dia tahu akan hal tersebut, namun mengambil keputusan tuk senyap. Berterus-teranglah kerana itu lebih baik.
Pemimpin dan ketua itu sama sahaja, tidak ada bedanye. Masing2 adalah pemimpin dan ketua bagi setiap yg diterajuinya.
Konsep Kepimpinan Spiritual :
- Mempunyai prinsip dan pegangan hidup. Berpijak kepada KEBENARAN.
- Mempunyai KEJUJURAN, KASIH SAYANG, TOLERANSI, KEADILAN dll.
- Berupaya menghadapi penderitaan, kemampuan menghadapi kesakitan.
- Mampu memaknai pekerjaan dan aktiviti dalam sikap yg lebih luas samada ia bekerja sebagai menteri atau tukang sapu.
- Memiliki kesedaran SELF-AWARENESS. Kesedaran ini sangat pentig tuk menjawab "siapa aku sebenarnya" dari situ akan menjawab apa tujuan hidup sebenar.
Saranan AL-GHAZALI sebagai seorang pemimpin :
- Mempunyai daya intelek yang tajam
- Berpengetahuan dan berfungsi
- Mempunyai keberanian
- Sayang kepada rakyat atau pengikut
- Berpandangan jauh
- Tegas
- Memastikan amanah dijalankan dengan sempurna dan berkesan
No comments:
Post a Comment