Tuesday, 23 August 2011

Lailatul Qadar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

“Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a.

Alhamdulillah, masih lagi diberi ruang dan kesempatan untuk mengerjakan ibadah puasa ini yang telah termaktub dalam Rukun Islam. Sedar x sedar dah, malam ni dah pun masuk 24 Ramadhan...pantasnya masa berlalu. Inilah yang ditunggu-tunggu oleh jutaan umat Islam untuk bersama-sama mengabdikan diri, berlumba-lumba di saat 10 malam yang terakhir ini bagi mengejar syafaat  ataupun ganjaran pada malam Lailatul Qadar, ia, umum sudah mengetahuinya.

Inaya satu malam yang menyamai beramal 1000 bulan...subhanallah!! Maha Suci Allah!! maka rugilah orang yang tidak bangun pada 2/3 malam untuk menunaikan Qiamullail...peringatan ini juga untuk saya...malam Lailatul Qadar itu perlu dicari, bukan ianya datang bergolek. Kita mengharapkan agar tergolong dalam orang-orang yang mencari malam itu.

Masih ada ruang dan waktu buat kita, InsyaAllah. Berdoalah kita kepada-Nya nescaya akan dimakbulkan kerana doa pada waktu 2/3 malam itu adalah paling mustajab untuk hamba-Nya yang bersungguh-sungguh...

*maaf kerana tidak mampu untuk menghurai dengan lebih baik...yang lebih baik itu datangnya daripada Allah, dan yang lemah dan segala kekurangan itu  datangnya daripada saya-wallahua'lam








No comments:

Post a Comment