Sunday, 17 June 2012

BABA ku~~

terngiang bait-bait lagu ini bermain di laptop haousemateku...lantas tanpa ku sedari air mata ku menitik buat yang ke berapa kali...ku seka air mata ku...ku tabahkan hatiku...

 "Wahai abangku
Ke mana ayah
Ku sayang ayah
Ku cinta ayah
Wahai abangku
Ke mana ayah
Ku sayang ayah
Ku cinta ayah

Duhai adikku sayang
Jangan bersedih
Ayahmu pergi menyambut seruan Ilahi
Tapi ingatlah adikku pesanan ayah
Belajar berusaha walau di mana jua
Pada-Mu Tuhan aku bermohon
Dosa ayahku minta diampunkan
Ku iringi doa rahmati dia
Tempatkanlah ayahku bersama kekasih-Mu"


masih terasa lagi kehangatan pelukan BABA di waktu kecilku, kegigihan BABA dalam mendidik anak-anaknya sehingga berjaya...namun belum sempat BABA melihat kejayaanku, BABA terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi...Allah...ku Redha...

sementelah ku menjejakkan kaki ke Uni...ku lihat masing-masing berada di sisi ayah...digenggam tangan anaknya, dikucup kedua-dua pipi anaknya...ku sebak, melihatkan BABA tiada di sisi...ku lihat MAMI ku, ku peluk dengan erat...MAMI ku jua mengerti...di usap-usap belakangku, di cium-cium pipiku...AKU TABAH...

BABA ku sangat tegas dalam mendidik anak-anaknya...lebih-lebih lagi dalam bidang agama...waktu solat fardu kami sentiasa berimamkan BABA...kecuali jika BABA mengajar di surau pada setiap Selasa dan Sabtu...

masih aku teringat kata-kata arwah BABA ku, 'belajarlah sungguh-sungguh' kata beliau dalam keadaan yang lemah...itu lah amanat dari BABA ku...

 
 aku sayang BABA...sayang yang teramat sangat....

semoga Allah menempatkan arwah BABA dikalangan orang yang Beiman dan Beramal Soleh..beserta dengan kekasih-kekasih Allah...

AL-FATIHAH...



berbaktilah kepada kedua ibu bapa selagi hayat masih ada...
dan ingatlah...jika kita sudah ketiadaan mereka, maka amalnya ter[utus kecuali 3 perkara:


عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
 
Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim)
.
 
 buat semua yang bergelar ayah, papa, abi, walid, BABA, abah, bapak...selamat hari bapa ku ucapkan...
 
 


Friday, 15 June 2012

"Jiran" Kanan dan Kiri

Di kiri dan kanan kita ada "jiran" yang tidak pernah berenggang dengan kita. Antara kita dengan mereka tiada dinding atau hjab. Antara kita dan mereka juga tiada rahsia. Mereka tahu segala nawaitu, ucapan dan perbuatan kita. Belum lagi sempat kita kemaskini satatus di dinding FACEBOOK, mereka terlebih dahulu mencatat. Pantas!

Apabila hati baru merancang ingin melakukan kebaikan, mereka telah merekodkannya walaupun belum lagi buat. Belum buat sudah diambil kira. Hebat sunnguh komitmen mereka memastikan segala diari hidup kita direkodkan dengan secara sistematik dan tiada satu pun yang tertinggal.

Jika kita mampu berfikir sejenak, agak-agaknya "jiran" kita yang mana lebih sibuk? Jiran di sebelah kanan atau di sebelah kiri? Jiran yang mencatat amalan yang baik atau yang buruk? Jiran yang bernama Raqib atau Atid?

Ada satu cadangan menarik yang boleh dikongsi bersama. Boleh kita sama-sama berazam melakukannya? Apa kata kita bagi malaikat Atid "bercuti" atau buat kerja yang paling minimum? Malaikat Raqib memang lebih molek bekerja keras dan lagi bagus kalau tiada masa rehat. Kenapa? Kerana itu tanda kita sedang akan mencari bahagia di dunia dan InsyaAllah akan terus bahagia di akhirat kelak. ^_^

Solusi, isu 44

Thursday, 14 June 2012

~~Aku Suka Dia~~

              

Lagu ini membuatkan aku tidak jemu untuk aku mendengarnya..biarpun berulang kali...ulang dan ulang...Pertama kali ku dengar...sudah terlekat disanubari...adduuhhaaaiii...lirik lagu ni seakan2 mengene dengan jiwa aku...


                          

nahhh..amek untuk awak.... @_@

 Heart Image

Monday, 4 June 2012

perasaan itu...




setiap insan layak untuk mendapatkan perasaan itu...

perasaan itu adalah sesuatu yang indah...

tidak mungkin dapat di gambarkan dengan kata-kata...



*chooiii..ini semua gara-gara aku baca novel Isteri Separuh Masa...orang lain sibuk hadam pelajaran, ko sibuk hadam novel....dah hadap novel, confirm tak ngadap buku..haiiisshhh @_@