Di kiri dan kanan kita ada "jiran" yang tidak pernah berenggang dengan kita. Antara kita dengan mereka tiada dinding atau hjab. Antara kita dan mereka juga tiada rahsia. Mereka tahu segala nawaitu, ucapan dan perbuatan kita. Belum lagi sempat kita kemaskini satatus di dinding FACEBOOK, mereka terlebih dahulu mencatat. Pantas!
Apabila hati baru merancang ingin melakukan kebaikan, mereka telah merekodkannya walaupun belum lagi buat. Belum buat sudah diambil kira. Hebat sunnguh komitmen mereka memastikan segala diari hidup kita direkodkan dengan secara sistematik dan tiada satu pun yang tertinggal.
Jika kita mampu berfikir sejenak, agak-agaknya "jiran" kita yang mana lebih sibuk? Jiran di sebelah kanan atau di sebelah kiri? Jiran yang mencatat amalan yang baik atau yang buruk? Jiran yang bernama Raqib atau Atid?
Ada satu cadangan menarik yang boleh dikongsi bersama. Boleh kita sama-sama berazam melakukannya? Apa kata kita bagi malaikat Atid "bercuti" atau buat kerja yang paling minimum? Malaikat Raqib memang lebih molek bekerja keras dan lagi bagus kalau tiada masa rehat. Kenapa? Kerana itu tanda kita sedang akan mencari bahagia di dunia dan InsyaAllah akan terus bahagia di akhirat kelak. ^_^
Solusi, isu 44
No comments:
Post a Comment