Showing posts with label rohani. Show all posts
Showing posts with label rohani. Show all posts

Friday, 26 August 2011

MUFLIS??

Pagi yang begitu mendung dan suram sekarang di Kuala Terengganu...kebanyakan penghuni masih dibuai mimpi agaknye, yelah dengan keadaan cuaca yang macam ni...hehe...
 
Baiklah alkisahnya, alhamdulillah, sy masih lagi diberi kesempatan untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah di salah sebuah masjid. Masjid Tengku Tengah Zaharah a.k.a Masjid Terapung..haaa..tuan puan pernah dengar?? hehe..usai solat subuh, lazimnya mmg ada kuliah subuh tuk dijadikan santapan rohani...
 
Tapi hari ini, jemaah nye agak le ramai, mungkin dah tahu kot sape yg akan datang tuk sampaikan tazkirah tersebut..naaa..ce teka ce teka siapa ustaz tersebut??? Beliaulah Al Fadhil Ustaz Mohd Nor Hisyam Bin Tuan Padang...haaa..lah penceramah yg femes kat televisyen tu la...

Jadi disini sy ingin berkongsi serba sedikit ape yg disampaikan oleh beliau sebentar tadi. Tajuk kuliah beliau ialah MUFLIS...pernahkah anda mendengar perkataan itu?? sudah tentulah kan..muflis itu dari segi maknanya bankrup, nothing wealth anymore, non assets sebabnya semua sudah disita..itulah yang dinamakan muflis. Muflis didunia tidak mengapa akan tetapi jika MUFLIS diakhirat bagaimana?? Ya Allah..rugi..banyak rugi..

Apa yang dapat dipetik disini adalah mengikut sabda Nabi s.a.w MUFLIS itu kita sudah berbuat apa yang diperintahkan pertamanya solat, kedua puasa, dan ketiga menunaikan zakat akan tetapi apa yang menyebabkan jadi muflis ini adalah apabila kita melakukan lima perkara ini yang pertama mencaci, memaki hamun kedua fitnah, ketiga makan harta secara batil yang keempat, melukakan, mencederakan, atau dengan kata lain membunuh dan yang kelima adalah memukul orang. Apa yang sy faham 3 kebaikan dibalas dengan 5 kejahatan yg sia2 sekaligus meranapkan amalan kita...masyaALLAH..sekelip mata diakhirat kita boleh jadi MUFLIS atas perkara yang 5 itu..naudzubillah...

Jadi bersamalah kita hindarkan daripada yg 5 perkara tersebut..wallahua'lam

p/s : tuan2 dan puan2 semua sudah membayar zakat belum?? jika belum lunaskanlah segera...ingatan pada diri sendiri juga..wassalam..


Tuesday, 26 July 2011

ia kembali lagi :)

assalamualaikum dan salam muhibbah...


alhamdulillah...berkesempatan lagi sy disini tuk meghirup udara yg segar, pada pagi selasa yg cukup indah ditemani kicauan burung yg galak sesama mereka sambil menulis kata2 ini. Alhamdulillah, usai bangun td, masih diberi peluang tuk mengucapkan kalimah syahadah..megalunkan kalamuAllah, kalimah yg begitu agung!! nikmat sebagai seorang hamba yg masih hidup...diberi peluang tuk melihat muka bumi ini lagi. Para pembaca sekalian, jgnlah kite mensia2kan waktu hidup ini gunalah ia dengan sebaik2nya, manfaatkan dirimu dgn pelbagai perkara yg boleh menempah 'tiket' ke syurga, syurga Firdaus...


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa” [Al Baqarah:183]
baiklah, Ia Kembali Lagi...ape yg kembali lagi tuh?? sepastinya bulan yg membawa seribu Keberkatan dan Kerahmatan, bulan yg setiap hamba-Nya berlumba2 untk mendapatkan ganjaran yg berlipat ganda, yg ada pada padanya malam Lailatul Qadar, bulan yg telah diturunkan Kalam Suci Allah...RAMADHAN datang lagi...ahlan wasahlan ya RAMADHAN...hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan 'mengikat' diri kita dengan puasa. Menahan makan dan minum, lapar dan dahaga, kata2 yg buruk,(cacian, umpatan).
“Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa” [Bukhari-Muslim]


Bulan Ramadhan merupakan madrasah, yakni bulan pendidikan dan latihan bagi diri kita sebenarnya...marilah sama2 kita membuat persiapan yg secukupnya dari segi jiwa, fizikal dan spiritual untk mengahadpi bulan Barakah ini.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Setan- Setan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy) 

Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak. Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Suka sy nak nyatakan disini, berbuatlah kebajikan semata2 ikhlas dan kerana Allah!! Janganlah kita menunjuk2 miasalan memberi derma yg banyak krn menunjuk2, panggil wakil media segala bagai...Astaghfirullah..x usah..tangan kanan memberi, tgn kiri disorokkan belakang..umpamanya begitu..berbuatlah keadaan yg senyap2...x usah heboh...

ayuhlah rakan2, pembaca sekalian, marilah kita mempersiap siaga diri kita ini utnk menuju ke gerbang Ramadhan dengan membuat persiapan dari segi rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Membanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.


p/s : satu lagi, jgnlah kita suke membazir dlm bulan yg mulia ini...terutama dalam membeli makanan waktu berbuka...berpada2lah..membazir itu kan amalannye syaitan..mahukah anda menjadi saudara kpd syaitan??? nauzubillah..hindarilah ia...


harapan RAMADHAN

    
 
                                  

Friday, 22 July 2011

setia hujung nyawa



Berubah : Erry Putra ft Reem Rahim

layan lagu lu...dan bace di bawah ini... :)
hai..salam muhibbah...hari ni ntah mengapa sy tetibe je nak kupas satu crite pasal novel yg sudah sy baca selama 2 hari ni...yang bertajuk "Setia Hujung Nyawa" yg dikarang oleh Fatin Nabila.

pada pengamatan sy novel ini amat sesuai dibaca pd peringkat umur remaja. Baiklah terus sahaja kupasan yg hendak sy bawakan dalam novel tersebut. Kisahnye begini ======>

novel ini menceritakan ttg seorang gadis bernama Ersalina berumur 18 tahun, lepasan SPM. Hendak dijadikan cerita dia tetibe pengsan lalu mamanye Haliza, telah menelefon doktor Suria yakni doktor kuarge mereka. Ibu mane yg sanggup menerima berita tersebut (Lina disahkan mengandung) sedangkan Lina seorang remaja yg sopan, baik dan macam2 ag la dihadapannye, malangnye ia telah merobek hati sang ibu. mamanya bertekad bahawe itu adalah rahsia diantara mereka berdua, Lina??? dirahsiakan drpd pengetahuannye termasuklah papanye Badri dan abangnye, Zakwan.

Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, dalam keadaan yg genting itu Datin Adibah telah datang ke rumah mereka tuk menyampaikan hasrat tuk mengahwinkan anak lelakinya, Zain Hakimi yg mane perkahwinan antara dia dan pilihan hatinya, Sofea tidak kesampaian krn membawa diri ke luar negara. Lalu memilih Ersalina sebagai ganti kerana melihatkan Lina seorang gadis yg sopan, jelitawan dan sewaktu dengannye tanpe mengetahui hakikat sebenar. Maka dengan senang hati mamanye mengangguk sajela kerana mahukan melindungi maruah Lina dan keluarganye..ish3x de ke patot..maka sampailah di hari yg berbahagia, Lina telah disahkan menjadi isteri Zain Hakimi.

Setelah sebulan lebih berlalu, namun pasangan itu berlagak seperti biasa, tiada 'hak' yg sepatutnye seorang suami dapat. Mereka telah m'buat perjanjian sebenarnye tuk 'merasmikan' pd malam itu. Allah Maha Kuasa, tetibe Lina mahu turun tangga kakinya tersadung, lalu..dia abbortion..huurrmmm..dihospital, apalagi mangamuklah si Zain ni...tanpe menyedari telah menikahi 'barangan terpakai' bermacam kata2 cacian, hinaannye kepada Lina sedangkan dia x tahu menahu pon ttg hal itu..ini sumenye adalah rancangan mamanye yg mahu melihatkan anaknye mengecapi kebahagiaan.

semenjak dari itu hubungan mereka tidak semanis dulu, tiada rasa bahgie, hakikatnye Zain sudah mula menyayangi dan mencintai Lina dan begitu juga Lina. Pabila berhadapan dengan mertua masing2 sumenye berlagak baik, berlakon (peerrgghh buley anugerah bintang popular ghamaknye nih)...

semarah manepon si Zain, akhirnye hatinya menjadi lembut..yelah mane xnye, siang malam isteri terchenta memohon doa kpd Ya Rabb supaye menerimanye kembali. x mau bercerite lebih lanjut ag lar...

selepas pada itu, malang menimpa Zain, dia kemalangan dan koma. Isteri disisi setia menanti sedarnye kembali suami. Lina yg keletihan menjaga suaminya pengsan dgn tetibe, menggamatkan suasana. Namun khabar gembira pula dinanti, akhirnye Lina hamil, anak Zain..sehinggalah Zain sedar dari koma, telah mengetahui perkhabaran berita yg disampaikan sndiri oleh Lina semasa dia koma.

Berbahagialah mereka, namun nikmat yg mrk kecapi hanye smntara krn mummy zain, Datin Adibah mahu Zain menceraikan Lina atas ape yg telah Hady, kawan Zain menyampaikan perkara sebenar ttg Lina kpd mummynye. Tekad Zain x akan menceraikan isterinye.

dipendekkan, semasa percutian di Desaru, Zain telah terserempak dengan buah hatinya yg dulu Ekin bersama 3 org anak tirinya. Disitu mereka t'ingat kisah silam mereka berdua. Zain Hakimi t'ingat bagaimana di telah merabut 'permata' berharge Ekin, katenye dia hanye suke2 dan Ekin juge begitu. Benarlah ape yg Allah s.w.t telah rencanakan, dia yakin itu adalan balasan kpd kesalahan yg lampau dahulu, kini dia juge b'isterikan 'taman' yg telah diceroboh. Betapa besarnye dosa2 yg dia lakukan dahulu. Didengar pule oleh mummynye, betapa terkejut dia mendengar perbualan itu, diserang heart attack dan dikejarkan ke hospital. Pabila sedar, berkali2 dia memohon ampun dan maag kpd besannye Haliza atas segala perbuatan dia, dia menyedari itu adalah balasan kpd mereka.

baiklah pengajaran yg terdapat lam kisah ini, Allah s.w.t telah rencanakan seelok2nye jodoh tuk kite..terima lah seadanye, jika hitam, maka hitamlah ia, jika putih, maka putih lah ia.

FirmanNya lagi : "Lelaki yg berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yg berzina ataupun perempuan musyrik, dan perempuan yg berzina tidak mengahwini melainkan lelaki yg berzina tau lelaki yg musyrik, dan yg demikian itu diharamkan keatas orang2 yg beriman"
(surah An-Nur:3)

Firman Allah : "(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia."
(Surah An-Nur:26)"

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk,”
(Surah Al-Israa':32)


Ya ALLAH, jauhilah kami drpd perkara larangan Mu yakni zina Ya Allah yg boleh mnyumbang kami ke arah neraka jahannam Mu Ya ALLAH..peliharalah segala aurah kami, nauzubillah...

Monday, 18 July 2011

Sya'aban

Alhamdulillah..malam semalam dah masuk 15 sya'aban...ini bermakna hanya tinggal 2 mggu ag kite nk mengorak langkah ke bulan RAMADHAN, bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan :)

ada apa dengan bulan Sya'aban ni??

Amalan-amalan dalam bulan Sya'aban:

Hadis :
Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban. (al-Bukhari)

Huraian :
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

iii. Bertaubat

iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.