Showing posts with label ape ni. Show all posts
Showing posts with label ape ni. Show all posts

Sunday, 18 December 2011

ada hati, ada rasa

aku juga MANUSIA...
yang punyai HATI dan PERASAAN
bukan robot...
yang boleh kau sepak, tendang, caci serta memaki hamun kerana dia 
adalah..ROBOT...

aku MANUSIA...
yang punyai HARGA DIRI dan MARUAH
bukan robot...
yang boleh kau buat apa saja padanya kerana dia
adalah...ROBOT...

aku tidak mahu diperlakukan seperti ROBOT kerana aku adalah MANUSIA...
terkadang itulah MANUSIA...
yang sering menjadi mangsa sesama MANUSIA...

* fikir-fikirkan *

Thursday, 10 November 2011

no title~~

assalamualaikum pembuka bicara...

cuti seminggu makin hampir ke penghujungnya, dan tibalah waktu pembuka minggu ini..test, presentation, dan assignment sebagai permulaan minggu pengkuliahan. 

sangat menarik bukan. itulah tugas kita sebagai seorang pelajar. tapi bagaimana pula tugas kita sebagai hamba-Nya?

tunaikanlah yang wajib walau sesibuk mana pun keadaan. >_<

minggu lepas adalah yang sangat rumit untuk saya. entah mengapa. 

saya tidak tahu apa yang mahu saya coretkan lagi disini. hanya ungkapan MAAF saja yang mampu untuk keluar dari bibir ini. sungguh saya masih berasa bersalah atas apa yang terjadi. saya berharap sangat, dengan kejadian yang terjadi pada minggu lepas tidak akan memutuskan persaudaraan dan persahabatan kami. hubungan antara senior dan junior. =.= saya berharap agar senior tidak memandang serong terhadap saya. =.=

apabila seseorang telah meletakkan kepercayaan pada insan yang diharapkan dan sekaligus kepercayaan itu ranap dengan sekelip mata, nescaya pasti sukar untuk membina kembali kepercayaan itu. =.=

Friday, 5 August 2011

tukang karut~~

malam yg sunyi,
memecah keheningan di malam hari,
tanpa bintang yg begermelapan cahayanye,
menambahkan lagi kesuraman bulan disisi...

begitu juga sy,
ntah mengape hati sy begitu suram+sedih...
rase bersalah menyelubungi diri ini...
dihantui kesalahan2 lampau...

semacam lah kesalahan itu sgt berat
yg telah sy lakukan..
ianya bagaikan mengejar bayang2 sy...

benar org mengatekan bahawa,
ambillah iktibar drpd kesalahan2 yg lalu,
jangan diulanginya lagi...
tp sy x mampu...
kenapa kesalahan itu juge yg sy ulangi??

adakah kerana sy ni tidak ada motivasi diri??
adakah kerana sy ni tidak ada muhasabah diri??

kate org,
buanglah yg keruh, ambillah yg jernih..
tp, kenapa mesti juge menangguk di air yg keruh??

aarrggghhhh..persoalan yg tiada jawapannnye... :(