Friday 22 July 2011

setia hujung nyawa



Berubah : Erry Putra ft Reem Rahim

layan lagu lu...dan bace di bawah ini... :)
hai..salam muhibbah...hari ni ntah mengapa sy tetibe je nak kupas satu crite pasal novel yg sudah sy baca selama 2 hari ni...yang bertajuk "Setia Hujung Nyawa" yg dikarang oleh Fatin Nabila.

pada pengamatan sy novel ini amat sesuai dibaca pd peringkat umur remaja. Baiklah terus sahaja kupasan yg hendak sy bawakan dalam novel tersebut. Kisahnye begini ======>

novel ini menceritakan ttg seorang gadis bernama Ersalina berumur 18 tahun, lepasan SPM. Hendak dijadikan cerita dia tetibe pengsan lalu mamanye Haliza, telah menelefon doktor Suria yakni doktor kuarge mereka. Ibu mane yg sanggup menerima berita tersebut (Lina disahkan mengandung) sedangkan Lina seorang remaja yg sopan, baik dan macam2 ag la dihadapannye, malangnye ia telah merobek hati sang ibu. mamanya bertekad bahawe itu adalah rahsia diantara mereka berdua, Lina??? dirahsiakan drpd pengetahuannye termasuklah papanye Badri dan abangnye, Zakwan.

Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, dalam keadaan yg genting itu Datin Adibah telah datang ke rumah mereka tuk menyampaikan hasrat tuk mengahwinkan anak lelakinya, Zain Hakimi yg mane perkahwinan antara dia dan pilihan hatinya, Sofea tidak kesampaian krn membawa diri ke luar negara. Lalu memilih Ersalina sebagai ganti kerana melihatkan Lina seorang gadis yg sopan, jelitawan dan sewaktu dengannye tanpe mengetahui hakikat sebenar. Maka dengan senang hati mamanye mengangguk sajela kerana mahukan melindungi maruah Lina dan keluarganye..ish3x de ke patot..maka sampailah di hari yg berbahagia, Lina telah disahkan menjadi isteri Zain Hakimi.

Setelah sebulan lebih berlalu, namun pasangan itu berlagak seperti biasa, tiada 'hak' yg sepatutnye seorang suami dapat. Mereka telah m'buat perjanjian sebenarnye tuk 'merasmikan' pd malam itu. Allah Maha Kuasa, tetibe Lina mahu turun tangga kakinya tersadung, lalu..dia abbortion..huurrmmm..dihospital, apalagi mangamuklah si Zain ni...tanpe menyedari telah menikahi 'barangan terpakai' bermacam kata2 cacian, hinaannye kepada Lina sedangkan dia x tahu menahu pon ttg hal itu..ini sumenye adalah rancangan mamanye yg mahu melihatkan anaknye mengecapi kebahagiaan.

semenjak dari itu hubungan mereka tidak semanis dulu, tiada rasa bahgie, hakikatnye Zain sudah mula menyayangi dan mencintai Lina dan begitu juga Lina. Pabila berhadapan dengan mertua masing2 sumenye berlagak baik, berlakon (peerrgghh buley anugerah bintang popular ghamaknye nih)...

semarah manepon si Zain, akhirnye hatinya menjadi lembut..yelah mane xnye, siang malam isteri terchenta memohon doa kpd Ya Rabb supaye menerimanye kembali. x mau bercerite lebih lanjut ag lar...

selepas pada itu, malang menimpa Zain, dia kemalangan dan koma. Isteri disisi setia menanti sedarnye kembali suami. Lina yg keletihan menjaga suaminya pengsan dgn tetibe, menggamatkan suasana. Namun khabar gembira pula dinanti, akhirnye Lina hamil, anak Zain..sehinggalah Zain sedar dari koma, telah mengetahui perkhabaran berita yg disampaikan sndiri oleh Lina semasa dia koma.

Berbahagialah mereka, namun nikmat yg mrk kecapi hanye smntara krn mummy zain, Datin Adibah mahu Zain menceraikan Lina atas ape yg telah Hady, kawan Zain menyampaikan perkara sebenar ttg Lina kpd mummynye. Tekad Zain x akan menceraikan isterinye.

dipendekkan, semasa percutian di Desaru, Zain telah terserempak dengan buah hatinya yg dulu Ekin bersama 3 org anak tirinya. Disitu mereka t'ingat kisah silam mereka berdua. Zain Hakimi t'ingat bagaimana di telah merabut 'permata' berharge Ekin, katenye dia hanye suke2 dan Ekin juge begitu. Benarlah ape yg Allah s.w.t telah rencanakan, dia yakin itu adalan balasan kpd kesalahan yg lampau dahulu, kini dia juge b'isterikan 'taman' yg telah diceroboh. Betapa besarnye dosa2 yg dia lakukan dahulu. Didengar pule oleh mummynye, betapa terkejut dia mendengar perbualan itu, diserang heart attack dan dikejarkan ke hospital. Pabila sedar, berkali2 dia memohon ampun dan maag kpd besannye Haliza atas segala perbuatan dia, dia menyedari itu adalah balasan kpd mereka.

baiklah pengajaran yg terdapat lam kisah ini, Allah s.w.t telah rencanakan seelok2nye jodoh tuk kite..terima lah seadanye, jika hitam, maka hitamlah ia, jika putih, maka putih lah ia.

FirmanNya lagi : "Lelaki yg berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yg berzina ataupun perempuan musyrik, dan perempuan yg berzina tidak mengahwini melainkan lelaki yg berzina tau lelaki yg musyrik, dan yg demikian itu diharamkan keatas orang2 yg beriman"
(surah An-Nur:3)

Firman Allah : "(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia."
(Surah An-Nur:26)"

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk,”
(Surah Al-Israa':32)


Ya ALLAH, jauhilah kami drpd perkara larangan Mu yakni zina Ya Allah yg boleh mnyumbang kami ke arah neraka jahannam Mu Ya ALLAH..peliharalah segala aurah kami, nauzubillah...

1 comment:

  1. time ksih krna sudi bkgsi cerita ni..lg x sbr nk tgk drama bersiri ni d tv2..

    ReplyDelete