Monday, 26 December 2011

detik

AllahhuRabbi!!! pantasnya masa berlalu...tanpa aku sedari kini sudah berada di penghujung semester. minggu depan dah final exam...



"MASA ITU EMAS"...kita sepatutnya mengejar waktu, bukan waktu mengejar kita. Tapi sedar atau tidak, kita banyak bermain dengan WAKTU...only 7/24  per day/ per week...what we are going to do? Time management is very important as well as a student!

Bagi orang yang bekerja MASA itu DUIT! setiap detik, setiap saat, mereka hanya terkejar2kan waktu supaya tidak tertinggal walau sesaat pun. Begitulah kepentingannya DUNIAWI...terkejar ke sana, ke mari...

Mari lah kita sama-sama menghayati Surah Al-Asr:

بسم الله الرحمن الرحيم

وَالْعَصْرِ

Demi Masa!

 إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

*_* Pepatah Arab ada mengatakan "Al-Waktu Ka Soiiff "

Wednesday, 21 December 2011

sedikit renungan

antara telur+lobak merah+kopi dan bahan-bahan ini kita letakkan di dalam periuk yang mempunyai air dan didihkan atas api....yang mana satu kalian akan pilih?

semua sifat yang terkandung dalam setipa zarah objek tersebut menggambarkan diri kita....andai kita memilih telur yang di luarnya terdapat kulit yang keras, namun batinnya lembut. Lobak merah sifatnya luar dan dalam sama keras, manakala kopi pula bersifat serbuk....dan apabila kesemua bahan tadi di masukkan kedalam periuk yang didihkan dengan air...apa akan jadi pada 'mereka' ini??

analoginya disini air yang panas tadi diibaratkan sebagai kumpulan masyarakat..masyarakat yang terdiri daripada pelbagai ragam dan perangai...kita tidak tahu...telur yang pada dasarnya luran keras dan dalamnya lembut..akan tetapi bila dimasukkan ke dalam air yang telah didihkan, guess what happen?? it will become sebiji..dapat di soyak-soyakkan kulitnya...masih kukuh...itulah sifat telur..menggambarkan iman dan taqwa seseorang..

bagaimana pula dengan lobak merah tadi yang sifatnya dalam dan luarnya keras bila dicampakkan ke dalam air didihkan tadi menjadi lembut...lihatlah..betapa goyahnya iman dan taqwa seseorang...mudah sahaja terpengaruh..tengok sajalah dalam majmu'ah kita sekarang...na'uzubillah....

yang kopi ini pula, sifatnya serbuk...zarah serbuk tersebut bila dicampurkan dengan air ianya akan menjadi sebati dengan molekul-molekul air tadi..begitulah analoginya...

sama-samalah kita renungkan...*_*

sumber: credit to kak athifah and kak mar (^_^)

Sunday, 18 December 2011

ada hati, ada rasa

aku juga MANUSIA...
yang punyai HATI dan PERASAAN
bukan robot...
yang boleh kau sepak, tendang, caci serta memaki hamun kerana dia 
adalah..ROBOT...

aku MANUSIA...
yang punyai HARGA DIRI dan MARUAH
bukan robot...
yang boleh kau buat apa saja padanya kerana dia
adalah...ROBOT...

aku tidak mahu diperlakukan seperti ROBOT kerana aku adalah MANUSIA...
terkadang itulah MANUSIA...
yang sering menjadi mangsa sesama MANUSIA...

* fikir-fikirkan *

Thursday, 15 December 2011

berita sensasi

sensasi la sangat....pe dia gop berite hok sensasi sangat tuh?? hooo..ce kabo ce kabo...

lokasi: Kolej Keidaman Acacia Avenue
masa: 2305 p.m

time2 macam ni jgop la kerani jabat nok mari check barang elektrik....adduiiyaaiii....malam2 gelita lop tuh..adop hari lain doh ke?? cam la esok dop ley nok check...haishh..amek kesempatang sungguh la...tobat pon...

<ggggrrrrr..maroh nih...>...terbang nayang duet ambe....barang letrik dop daftar je owh..dh la mahal charge se barang tuh....nayang molek la pitih ambe.....huhuhu......

aku bukan pe..macam desperate sgt jerkk...hehehe...semester lepas gop aku 'terselamat'...hahahahaha..tak payah bayar....kuikuikui...

barang-barang hop sepatutnya aku g daftar adelah:






dan semua barang2 tersebut adalah berharga....RM30 hinggit tunaiiiiiii..........<menangis kering pun dh x gune lagi...>

p/s: len kali sila bayo....ade saye kisah...sy x mao bayo...wat senyap2 dh la....*_*

FESTKOM 2011

FESTKOM datang lagi.....korang tau tak pe tu FESTKOM??? haaa..mari mari mari rapat rapat gop sket nok wat rapat umum nih..(alamak...loghat ganu dok starang..)...baiklah....mende tu name ye Festival Kokorikulum...berlangsungnya 14hb 12 2011...gabungan antara semua mahasiswa/i yang mengambil kokorikulum seperti badan beruniform, silat, kompang dan lain macam lagi.

aku mewakili badan beruniform aku...SUKSIS untuk bermain futsal...alhamdulillah...kami menang...credit to player futsal>>kak ibah, kak aya, n aisyatul sebab mereka2 ini yang menyumabngkan gol kemenangan n x lupe juge kepada yang lain bertungkus lumus>>kak zati, bella, n syu serta pom-pom girls SUKSIS hahahahaha...Tapi bukan itu yang aku nok ceritakan sebenornye...disebalik kemenangan itu...

*situasi 4

'weh, aku minta maap sangat2 x dapat nk join netball tuk kite punye kos...sorry weh....(dengan harapan agar beliau tidak bengang dengan aku)....
'haaa..tengok..kan aku dah kate...ko kene join suksis...sekarang ni ko kluar tggl 6 player je la....'
'ntah la wei.....aku pon tak tau.......'

selepas pertandingan habis.....aku dapat melihat keceriaan di wajah masing...pengurus pasukan tu pasti berbangga...biarpun NAIB JOHAN...aku juga turut merasa bangga...hehehehe....

p/s: jika anda tidak mampu untuk membelah bahagikan hati anda...jangan sesekali buat kerana ternyata akan menghampakan seseorang itu....

*situasi 5

aku dengan senior berborak-borak....sedang itu kate kak senior....

'isshh..kite silap la td.....pesal kite pnye trademark cam gitu ye....tak macam dorang...(sewaktu tu kami melihat match volleyball kompang vs suksis....)
 aku kehairanan.....
'macam mane trademark dorang kak??'
'cube ko dengar'....
tak lame pastu..mereka dapat mate...dan aku dengar dorang pnye trademark....
Alhamdulillah...Allahhuakhbar!!
aku dan kak senior...same2 terdiam.... (*_*)

Saturday, 10 December 2011

sharp shooter

*situasi 3

di Lapang sasar Mantin....

aku mula kegelisahan...maklumlah ujian menembak kali yang ketiga...Revolver .38 lak tuh...ini adalah kali kedua aku memegang revolver...biarpun sudah mengalaminya tapi aku tetap tak berdaya untuk 'memecahkan' rekod yang sebelumnya...

maka berlakulah monolog ini....

'kedudukan sebelah tangan 6 butir peluru'...

"memang terbaik la boohhhhhhh....sutir habuk dop masuk dalang bulatan itam...nguji nguh la...orang lain 6 das masuk gop 5 butir..aku pnye 2 daripada 6 je masuk....hancuussss boohh...guane gamok gini ni....."

'kedudukan dua belah tangan 6 butir peluru'....

"eerrmmhhh..base sungguh la...3 je masuk...berat nanang weh....co_0L ag.......memang nguji..tengok kiri dan kanan sume penoh molek nih..guane hal aku nih....abih r result SUKSIS semester ni......"

'kedudukan melutut 6 butir peluru'....

"woohhh...melutut pulop dossshhh....kalu sebeloh tangan dop kene...2 beloh tangan apetah agi...kali ni melutut pulop...memang dahsyat r......kali ni baru sebutir je masuk lam itam tuh...hohohohoho...rugi boohhhhhh..."

itu lah aku.....memang hari ini daripada seawal jam 7 pagi hingga 3 petang....kami berperang di padang sasar...tapi sayangnya peperangan itu tidak membawa apa-apa pengertian pada aku....
hati kecewa~~~~~ 

"good try...only 3 semester left anymore 4 u do..the best in da next semester....."

kata-kata itu jelah yang mampu aku reward kan pada diri aku sendiri... :(

Thursday, 8 December 2011

constipation

*situasi 2

'laa..dah ko pesal muke kelat macam tuh...x senang duduk je aku nengok nye...ko de masalah ea...'

'a'aah...memang ponn..aku de masalah...adduuiiii'...

begitulah rata-rata kehidupan..memang akan berlaku...tak lawas untuk 'membuang'....memang perit yang teramat sangat...nak hidup pon tak senang....

pernahkah anda juga merasakan sebegitu???

jadi apakah tindakan untuk 'membuang' dengan lebih lawasnya???...
  1. minumlah air masak sebanyak-banyaknye kerana ia membantu proses pencernaan
  2. sesiapa yang pelahap makannya tu, sila kunyah makanan anda dengan cermat sampai hancus lumat segala bagai then swallow it...sebaiknye 40x....anda mampu??
  3. makanlah buah....PISANG, BETIK
  4. last but not least....part ni aku tak wape nak shuke....makan SAYUR...the most thing i hate...i don't like it!!!! sila buang jauh-jauh sayur tersebut.....

p/s: segala penyakit berpunca daripada PERUT...jagalah pemakanan dan PERUT anda...lebih-lebih lagi yang perutnya dah kelihatan seperti YB........

Monday, 5 December 2011

monolog 2

*situasi 1

pada suatu petang hujan yang lebat....di sebuah kedai makan....

'dik, nape sorang-sorang nih?'....
'xde lah kak..de je orang yg temankan sy nih..kanan dan kiri'...(sambil tersenyum)...



ayat yang agak sering aku ditanya tatkala aku seorang diri....
kenapa, salah ke?....
aku lebih senang jika berseorangan...
damai dan tenteram...
sungguh....aku tidak suka berteman....
kadang-kadang merimaskan.....

tetapi tidak la pulak dalam setengah hal yang lain pula...
dalam pelajaran itu, 
harus punyai teman....

dan teman yang paling setia....
akan ku tungggu,
sampai kapan pun..yang sanggup 
menemani aku dikala susah dan senang.....



Sunday, 4 December 2011

mengenal diri

siapakah 'AKU' yang sebenar-benarnya?
mungkin itu sinonim dengan persoalan 'siapa nama kamu?'
kini mari kita merungkai siapa diri kita yang sebenar-benarnya...
daripada mana kita datang disitulah kita akan kembali...

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن سُلَالَةٍ مِّن طِينٍ
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; 
Al-Mu'minun:12

ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَّكِينٍ
Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
Al-Mu'minin:13
 
ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. 
Al-Mu'minun:14

disisiNya jua kita berada...
Ya Rabbul 'Izzati...
indahnya Sang Pencipta
mencipta makhlukNya...

Wednesday, 30 November 2011

monolog 1

life student, x dapat nak dipisahkan lagi dengan assignment, presentation, quiz, dan segala macam lagi la...semacam dah tak sanggup nak laluinya...kengkadang terpaksa berhempas pulas untuk menyiapkan kerja-kerja tu semua, bukan takde mase...tapi sengaja bermain dengan masa...

aarrgghhh....hanya mampu menjerit dalam kalbu sahaja, x mampu nak luahkannya secara zahir...sungguh...walaupun baru 3 semester laluinya, semacam sudah lama aku disini.




ape pon~~~aku berpegang teguh dengan prinsip yang 1 'jangan pandang belakang'

Tuesday, 22 November 2011

cerita semalam~~

"daaannnn.......GOOOAAAAALLLL!!!" begitu lah semalam ye..walaupun sy mengetahui ianya sudah agak basi sedikit kerana baru sempat nak post cerita ini. hahaha. agak ramai blogger yang yang menceritakan perihal semalam...semuanya pasal BOLA...tahniah skuad HARIMAU MALAYA!! kami yakin anda memang akan mendapatkan tempat johan dan memenangi EMAS.

kedai-kedai mamat kat bawah ni sume semalam memang PENUH bermula temasya sukan sejak MAS menentag untuk menyaingi kumpulan A sehinggalah menentang Myanmar dan berakhir dengan Indonesia. yg bukan kaki bola termasuk diri ini sendiri akhirnya terlekat melihat perlawanan yang dilayarkan atas skrin putih..hahaha....

WELL DONE!!! AUUUUUMMMMM!!!! :)

Monday, 14 November 2011

bikin blog

ini semua idea asal Prof kami yang mahukan belog khas untuk memuatkan kesemua teori-teori yang ada dalam kaunseling ini. nak tak nak, la budda, tidak dapat tidak, kami mesti siapkan belog itu sebelum study week nanti. cabaran besar buat kami sebenarnya, untuk mem'publish' hasil kerja kami di khalayak umum, mejadi bahan bacaan kepada orang ramai. maca mana sy nak buat belog kumpulan kami nampak lebih hebat daripada belog kawan-kawan kami yang lain??? saya disini sudah mengaku kalah..memang tidak kretaif dalm hal belog-belog ini. 

This is also are part of my assignment in the subject ABA1023 Theory of Counseling. My group was suppose to do about Rational Emotional Behavior Therapy by Albert Ellis. So now, our group collect the data about all this theory and begin to build a blog. For those readers, please join our blog and follow our blog. I need to promote this blog because it will evaluate based on the follower. 

So I beg to you all, hahahaha...please visit our blog that our group create support our group. The link of this blog I will give later.

my plessure....LOL.

Thursday, 10 November 2011

no title~~

assalamualaikum pembuka bicara...

cuti seminggu makin hampir ke penghujungnya, dan tibalah waktu pembuka minggu ini..test, presentation, dan assignment sebagai permulaan minggu pengkuliahan. 

sangat menarik bukan. itulah tugas kita sebagai seorang pelajar. tapi bagaimana pula tugas kita sebagai hamba-Nya?

tunaikanlah yang wajib walau sesibuk mana pun keadaan. >_<

minggu lepas adalah yang sangat rumit untuk saya. entah mengapa. 

saya tidak tahu apa yang mahu saya coretkan lagi disini. hanya ungkapan MAAF saja yang mampu untuk keluar dari bibir ini. sungguh saya masih berasa bersalah atas apa yang terjadi. saya berharap sangat, dengan kejadian yang terjadi pada minggu lepas tidak akan memutuskan persaudaraan dan persahabatan kami. hubungan antara senior dan junior. =.= saya berharap agar senior tidak memandang serong terhadap saya. =.=

apabila seseorang telah meletakkan kepercayaan pada insan yang diharapkan dan sekaligus kepercayaan itu ranap dengan sekelip mata, nescaya pasti sukar untuk membina kembali kepercayaan itu. =.=

Friday, 4 November 2011

tak berapa nak cuti

Waahhh..cuuuutttiii lagiii...sempena cuti mid-sem dan raya haji yang bakal kunjung tiba tak lame lagi..para mahasiswa/i  berpusu-pusu keluar meninggalkan kolej kediaman masing-masing. Tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman..waaahhhh..shuke shuke..hehehehe..

Tapi, sayangnya kepada anggota badan beruniform kor SISPA yang terpaksa 'berkorban' cuti..huhuhu..tak ape lah, nak wat camne kan, dah tanggungjawab anda. Kor SISPA USIM akan sebenarnya akan mengadakan Majlis Pentauliahan kepada anggota mereka yang telah tamat latihan selama 4 semester. Syabas dan Tahniah kepada mereka. Majlis tersebut akan diadakan pada 9 November hingga 12 November 2011.

Aku pula, cuba untuk memanfaatkan cuti ini untuk membuat esaiment..huhuhuhuhu..berlambak-lambak..addooiiyaaiii..aku dah mula pening ngan sume ini. Seyesly, ini lah kali kedua aku merasakan bahawa program yang sedang aku ambil sekarang memang mencabar. Keluar pegi jumpe kaunselor tak habis-habis, wat report, dan macam-macam ag lar...huhuhu...

Papepon, InsyaAllah, segala kerja-kerja ini akan aku bereskan...yiiieeeehaaaaa>>>>

Alamak *_* tetibe lak teringat plak...lepas mid-sem bermula lah minggu mid-term...huk3x....memang tak akan habis laaaaa....

^_~  Gambate !!

Tuesday, 25 October 2011

releaskan tension

fenin la..ana sudah mabuk itu sama assignment la...huhu..sambil-sambil menge'search' internet tuk dapatkan maklumat tuk bahas ulum Al-Quran, blogwalking ke mana-mana sahaja mahu dituju..last2 aku mau post something here...

Ya Allah, memang dugaan...sedikit ke'tension'nan bila memikirkan assaignment ni...jadi an nak dijadikan cerita aku buke la music player, dengar2 lagu berunsurkan nasyid. Seriously, memang kene la...alunan suara yang lembut dan lirik yang menusuk kalbu..huk3x..

Nak tau aku buke lagu ape?? haaa..meh sini aku nak share ngan korang..

Sila lah melayan..dengan penuh preoccupied. :) :)



                            



Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia


setelah mendengar lagu ini berulang kali...ia menjadi insiprasi aku untuk cuba menyiapkan assignment ini...i will try...nope la, i try..(teringat sorang kakak senior tu, dia kate, jangan kate, saya akan cuba, tapi berkatalah, saya cuba..hehe terbaiklahh) :)

Sunday, 23 October 2011

mengejar impian

suatu petang didalam kelas Madam Dini, kami telah membincangkan satu topik yang saya kira agak menarik untuk dikongsikan bersama.


"Is counseling the appropriate field for you?" 
"why do you want to become a counselor?"

soalan ini memang bertepatan dengan diri saya. Sememangnya bidang yang saya pilih sekarang iaitu Kaunseling bukan bidang yang saya minati. Saya KAUNSELOR??? Sejujurnya, saya mahukan yang lain. Semasa mengisi UPU dulu, cikgu yang uruskan, saya bertanya pendapat guru kaunseling, apa yang layak dengan result yang saya peroleh sekarang. Kerana itulah yang saya rasakan paling selamat apabila bertanyakan guru. Saya percaya dengan pilihan cikgu, tapi sayang cita-cita atau impian saya bukan ke arah itu. Dan saya lakukan adalah semata-mata mahu menempatkan diri di UNIVERSITI. Teruk bukan. :(

"Is counseling the appropriate field for you?" 

ABSOLUTELY I said NO! dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu apa yang saya mahukan. Semacam madam tahu saje apa yang pelajarnya mahukan. Akan tetapi tidak dapat tidak, bila berada dalam program Kaunseling sekarang, saya 'terpaksa' memupuk minat untuk belajar.

dan tetiba saja saya madam memanggil saya :

yes. you (call my name). why you don't want to become a counselor?

saya tak mahu, ini bukan bidang yang saya agung-agungkan, bukan bidang yang saya minati. Saya ada cita-cita, impian yang perlu saya realitikan. Saya rasa kerjaya itu sahaja yang mampu bahagiakan saya...(cheeewaaaahh..ayat tak ley blahhh)

so, what are you going to be?

saya tetap pada cita-cita saya, saya nak jadi PEGAWAI POLIS. terkedu jap madam.

why not you get into police training?

eerrmm..ntahlaa. banyak halangan masa tu. Mak ayah tak kasi masa tu. InsyaAllah lepas habis degree ni, saya ingat nak sambung belajar kat latihan polis.

but you can also work at BAKA right, but you still want to be a police ea? So, did you think, you waste time, you have to learn in this program, 4 years?

memang BAKA pon kat pejabat polis gak, tapi saya tetap dengan pendirian saya, nak jadi POLIS. Bagi saya, buang masa belajar dalam program ni, bukan istilah sebenar. Biarlah saya ade ilmu tu, tapi ruginya jika saya diizinkan Allah untuk menjadi POLIS, ilmu tu tidak di apply tapi insyaAllah, saya tak akan sia2kan ilmu yang saya ada ketika bergelut belajar nak dapatkan ilmu.

okey but then, make sure you acchieve your goal. :)

insyaAllah...thank you madam.

itulah antara dialog saya dengan madam. saya memang x minat lam bidang nih. hati saya hanya kat situ. susah bukan. walaubagaimanapun, pada pendapat saya, tidak semestinya apa yang kita belajar sekarang, itulah yang kita akan jadikan sebagai kerjaya pada masa akan datang.

pendapat kalian?

Tuesday, 4 October 2011

agihan kumpulan

SUBHANALLAH!! sekejapnya masa berlalu...dan kini sudah memasuki bulan Oktober..Oktober wahai cik blogger weh...ini bermakna kita sudah lalui 4 minggu pengkuliahan. dan saya belum lagi balik ke kampung halam yang terchenta..(huk..huk..huk..poyos aje) 

Dalam 4 minggu waktu pengkuliahan macam-macam bende terjadi..yang menyedihkan, menyeronokkan, yang TERSENTAP, yang TERASA ini semua gara-gara agihan atau pembahagian kumpulan. Biasalah, nak buat assignment kan mesti ada kumpulan, terpulanglah kepada lecturer nak tetapkan berapa orang dalam satu group.

Alkisahnya, ADILKAH saya terhadap roommate yang mana saya tidak bersatu group dengannya??? jikalau anda, roomate anda mengambil atau diambil oleh orang lain untuk membuat assignment dengan rakan yang lain, BAGAIMANA?? tegarkah anda?? salah saya juga ke?? perlu ke saya bersatu group dengannya atas semata-mata kami ini ROOMMATE??

Bagi saya terpulanglah kan, nak group dengan sesiapa sahaja asalkan kerja jalan. NO SLEEPING PARTNER!!!

Monday, 26 September 2011

mata hati

kita ada mata tapi untuk melihat
kita ada telinga untuk mendengar
kita ada mulut untuk berbicara
kita ada hati untuk merasa apa yang orang lain rasa.

hari ini just dapat sedikit info. gunakan mata hati untuk selami perasaan dan jiwa seseorang. benar kita ada mata tapi hanyalah untuk luaran sahaja. kita teroka dan selami pula mata hati yang pada batinnya sahaja dapat memahami.

Wednesday, 14 September 2011

Aku dan Suksis

KOR SUKSIS merupakan badan beruniform singkatan bagi Kor Sukarelawan Polis Siswa/i. Bergelar sebagai pelajar beruniform memang tak dapat dinafikan keletihan dan kepenatan. hari Rabu petang bersiap sedialah untuk pergi ke kompleks sukan dan disitulah aktiviti kawad bermula. tidak cukup dengan hari Rabu,  pantang sahaja hujung minggu, itulah hari yang 'dikacau' untuk melaksanakan latihan. sudahlah penat dengan seminggu kelas dan kuliah dikacau pula hari weekend kita. hehehe..tapi aku sebenarnya langsung tak kisah malah lagi suka menghadirkan diri dalam aktiviti ini. sudah minat aku, menjadi tanggungjawab dan keazaman untuk melaksanakannya walaupun ada rakan-rakan yang mengeluh.

memandangkan hari ini cuma permulaan, maka kami tadi sepetang menjalankan aktiviti menegangkan urat yang mana setelah 4 bulan tidak ber eksesaiz. urat-urat itu menjadi kendur. dikepalai oleh tuan mazlan maka bermacam-macam senaman yang dilakukan, sampaikan sy sendiri sudah tidak larat. huhuhu..tulah cuti lame tidak ber eksesaiz. sakit badab, pinggang dibuatnya. saboooo jelah.

hampir 3 semester sudah, diam tidak senyap aku kini merupakan badan beruniform SUKSIS..sememangnya aku memang minat dengan pekerjaan ini. Bukan senang hendak menjadi pegawai polis. Pemilihan yang sangat rigid amat menyukarkan untuk aku teruskan cita-cita ku sebagai seorang anggota polis. Maka dengan adanya KOR SUKSIS aku ingin memanfaatkannya dengan sebaik yang mungkin..iyalah..hanya disini sahaja aku dapat merasai segala macam seperti mana berada dalam pasukan rekrut polis. 

Di dalam SUKSIS ini pelbagai aktiviti yang dijalankan setiap semester. Antaranya larian 2.4 km 2 kali setiap semester (diambil catatan masa-lebih 16 minit GAGAL), ujian menembak, dan juga disertai ujian akademik serta ujian kawad. Ada juga aktiviti luar yang dijalankan bagi seetiap skuad. Kami skuad 5 pada semester ini membabitkan modul PGA iaitu IKHTIAR HIDUP atau MARA LASAK..memang betul-betul MASAK la kali ni..bak kata senior2 ianya sangat mencabar!!! tak sabar pula rasanya...hahahaha...

berikut merupakan gambar yang mana kami telah menghadiri aktiviti luar:



Kursus Orientasi 
Lokasi: PDS Port Dickson


 Kursus Etika dan Integriti 
 Lokasi: Kem PLKN Balik Pulau, Pulau Pinang


Kursus Asas Pertolongan Cemas (KAPC)
Lokasi: Polis Marin, Tampoi, Johor Bharu




Perkhemahan Tahunan Suksis
Lokasi: Taman Botanikal, Melaka

Jikalau aku diizinkan-Nya ingin sekali aku teruskan cita-cita aku...moge dipermudahkan. Amiinn. InsyaAllah.

Monday, 12 September 2011

kelas bermula

alhamdulillah. semalam dah sampai ke Nilai naik bus catar. pertama kali ku merasai naik bus catar bersama-sama awok ganu USIM..hahaha..dan juga telah selamat mendaftar di kolej kediaman baru...Acacia Avanue...tempat yang agak selesa dengan dimuatkan satu rumah 5 hingga 8 orang students and depend on the house. kalau umah tu agak sedikit kecil boleh menempatkan seramai 5 orang, macam tempat yang sy duduk sekarang..hehehe..tapi ruangnya agaklah besar sedikit berbanding dengan kolej kediaman Nilam. kolej Acacia ini menempatkan students yang beruniform sahaja. dan yang menakjubkan kali ini kami dicampur dengan pelbagai badan unit beruniform tidak seperti semester lepas yang mana kami satu badan beruniform (Suksis) duduk sekelompok dalam satu blok dan badan lain duduk di blok yang lain.

tibalah hari ini, hari yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar degree untuk memulakan pelajaran mereka seperti biasa. hahaha. sungguh gegey dan riuh rendah apabila masing-masing bertemu setelah sekian lama tidak bertemu (ha'alah..2 bulan je pon) tak mengapalah long distance not to see juge..salam sana, salam sini, dan sambil-sambil itu selamat hari raya. ye lah still ag dalam mood raye kan.

tepat pada pukul 4.10 p.m. maka bermulalah subjek pertama kami iaitu Teori Kaunseling yang di ajar oleh Prof Madya Datin Dr Sapora Sipon..waaahhh..bangga3x.. :) senyum lebar sy..insyaAllah, moga Allah memberi sy kemudahan untuk belajar dalam subjek beliau dan juga subjek-subjek yang lain. kali ini subjek yang kami bawa agak boleh tahan juga. antaranya :

  1. Teori Kaunseling
  2. Teknik dan proses kaunseling
  3. Kaunseling dalam Al-Quran dan Al-Hadith
  4. Psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja
  5. Ulum Al-Quran 
  6. Ulum Al-Hadith

*menanti-nantikan hari esok pula..kelas bermula pada pukul 10 pagi..hahaha..*

























Saturday, 10 September 2011

perlu ramai blogger berjiwa Islamik

assalamualaikum, waahhh..nampaknye kawan-kawan dan pembaca masih lagi menghadiri 'open house' ye lah..masih lagi dalam mood beraya..open house sana, sini, makan kenduri pun banyak..inilah yang dikatakan, bulan Syawal yang penuh dengan makanan..asyik makan je dari bermula 1 syawal hingga la ke akhir, huk3x..almaklum la raye kan sebulan..aduuiihh..berat tol..

baiklah, ape yang sy nak kongsikan disini, sy tertarik untuk mengupas tajuk "perlu ramai blogger berjiwa Islamik" daripada keratan akhbar Harian Metro 10 Jun 2011. Katanya, "negara kita perlu lebih ramai pelayar maya khususnya para daie diblog-blog, laman sosial twitter, facebook yang benar-benar Islamik berikutan ancaman penyebaran maklumat dipercayai terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar menerusi medium itu semakin berleluasa".

disitulah perlu mengangkat para daie untuk berdakwah menerusi alam maya dengan mengekang ancaman tersebut. sy juga sebagai seorang pelajar, memang amat mendahagakan ilmu pengetahuan khasnya ilmu agama dan kadang-kadang sy juga melayari laman-laman blog yang ditulis oleh para alim ulama. sy yakin, laman sesawang seperti blog, facebook, twitter adalah medium atau wasilah yang paling mudah untuk mencari panduan, pengetahuan tentang agama Islam dan jika diguna dengan sebaik mungkin ia akan menjadi pemangkin kepada generasi anak-anak muda kerana ia selalu digunakan.

namun ape yang berlaku hari ini, generasi Y lebih cenderung untuk menggunakan wasilah tersebut sebagai suka-suka dan tidak memanfaatkan dengan sebaiknya. sy ada seorang kawan yang mana laman facebooknya hanya dipenuhi dengan petikan-petikan al-hadith, Al-Quran juga kata-kata pujangga dari cendikiawan-cendikiawan Islam yang terulung. Begitulah cara penyampaiannya. 

tidak kurang juga menggunakan laman tersebut untuk menulis kata-kata makian dan cacian yang bagi sy ianya hanya merosakkan imej sebagai seorang Islam. apa pandangan orang bukan Islam apabila melihat keadaan, membaca post-post yang sedemikian. Bahasa yang dilontarkan sangat menunjukkan kebiadaban.  

jadi, sy menyeru wahai para readers blogger sekalian, jangan hanya jadikan blog, facebook dan twitter anda hanya sebagai tempat meluahkan perasaan, cacian dan makian tapi penuhilah ia dengan ilmu yang bermanfaat nescaya kalian juga yang tidak rugi kerana menyebarkan ilmu-ilmu-Nya.

sekian sahaja untuk entri kali ini. sob..sob..sob..malam ini sy sudah mahu balik ke Nilai dengan harapan semoga semester kali ini akan lebih cemerlang. InsyaAllah, jikalau ade masa, sy akan postkan sebanyak mana mungkin tentang ilmu Kaunseling yang sy pelajari. Sehingga bertemu kembali.

p/s : tajuk ini juga memberi peringatan kepada sy sendiri. maklum juga, sy juga sedar belog sy ini bukan belog ilmiah, hanya sekadar berkongsi bacaan, pengalaman. maaf, sy tidak sempurna.

Thursday, 8 September 2011

come back to U

hari ini hari Khamis, esok Jumaat huurrmmm...lusa, dah Sabtu?? hallamak..cuti semester dah tamat..ayuh bangkit wahai mahasiswa/i!! kita dh kena balik uni..belajar belajar dan terus belajar berjuang untuk mendapatkan ilmuNya. yup. mungkin sebahagian kita dah terpaksa balik awal sebab handle pendaftaran dan orientasi pelajar tahun 1 sesi 2011/2012. syabas!! kerana anda bejaya mengorbankan masa dan mengenepikan cuti-cuti anda. hehehe.

selepas ini hari hari dipenuhi dengan kelas, btw sy dah lihat jadual kelas..tidak la padat sepertimana semester lepas. kali ini lebih banyak masa terluang. hehehe. akan tetapi sy tak mau sia-siakan waktu itu. dah banyak masa sy bazirkan masa cuti semester ini. para mahasiswa/i yg lain, mungkin memanfaat kan cutinya dengan melibatkan aktiviti yang dianjurkan oleh hal ehwal pelajar uni, ade juga menyertai badan-badan dakwah, kelas-kelas agama dan juga aktiviti oleh badan-badan NGO. Tahniah!!

setelah sekian lame duduk kat rumah, bile hampir tarikh nak pergi...tetibe rase sayu menyelubungi diri...sob..sob..sob. betul, sy bukan anak yang manja. tapi tolonglah ini hati sy, tiada siapa pun yang akan memahaminya. cuti lama-lama beginilah jadinya. hallamak seh. Ya Allah, kau kuatkanlah hatiku, tabahkanlah hatiku..

tadi mamiku de tanye 'teh, awok g bile??' balasku 'ri sabtu ni mami..bus malam' then my mum reply balik kata-kata ku 'eermm, ekg tinggal la mami sore dumoh'...gluurrpp..tetibe hatiku tersentuh dengan kate-kate nye..hati seorang ibu, aku memahami. saya sangat sayang mami. love u much mami. maaf kerana kata-kata ini hanya terzahir dalam belog ini. anakndamu tidak mampu untuk melafazkan kata-kata ini. 

sy bersyukur sangat sebab Ramadhan lepas, sy sempurnakan di rumah. mami ade menyatakan niatnya, insyaAllah, tahun depan mahu menunaikan umrah dalam bulan puasa dan mengajak sy sekali. sy memang excited apetah lagi, sy sudah melihat takwim akademik sesi 2011/2012 yang cuti juge semester juga akan jatuh pada bulan Jun till September. InsyaAllah sy akan ikut mami. Doa-doakanlah yerk.

satu-satunya sy x mau diri sy ini bersedih, sy akan cuba aktifkan diri, sibukkan diri dengan kerja-kerja, assaignment, dan kegiatan kokorikulum sy iaitu Suksis.

saya akan pratikkan sembahyang sunat taubat, sunat tasbih, sunat tahajjud yang mami ajarkan. sungguh! hati sy begitu kosong dan sepi. itulah yg perlu sy lakukan.

tak mau menghampakan harapan mami. tak mau bazirkan wang yg setiap mami kirim wang itu akan digunakan sebaik mungkin. insyaAllah semester ini sy nak belajar rajin-rajin. nak upgrade lagi usaha dr semester lepas. hanya doa mami yang dapat mengiringi kejayaan anakmu ini.

Keredhaan Allah terletak pada Keredhaan kedua IbuBapa. semoga sy mendapat Keredhaan dari-Nya.
sy nak mami tahu, yang kite amat menyayangi mami!! sayang mami! mungkin orang diluar hanye sekadar bace. tetapi sy yang menulis ini melafazkan dengan penuh rase..sob..sob..sob..haaaiiisshh..dh x mampu lagi

needed or not

kawan : 'awak, tak teringin rase nak couple ke?? ' x kan xde kot...impossible la kalu awak kate xde..(sambil senyum meleret ke arahku)

saya : huh?? (xde soalan lain dh ker? naseb baik soalan tuh x menjejaskan pemanduan aku) huurrmm..ntahla...alaaa awak nih, betol..sy xde pon la boyfriend boyfriend nih! sesumpah! kawan lelaki ade la, tapi xde yg teristimewa..haha..tapi kan awak, suke la ble tgk org dah sebaya kite ade pasangan masing-masing..and include you..

kawan : hehehe..(sambil tersipu-sipu malu) ye la...alhamdulillah, perkenalan kami dah hampir 2 tahun lebey something kot..harap-harapnye perkenalan hubungan kami sampai ke jinjang pelamin..insyaAllah..*dia (kawan sy jge) pun dh de teman jgak kan..x sngke...belajar kat Mesir lagi tuh..heee..

saya : insyaAllah..sy doa-doakan moge kalian sampai ke jinjang pelamin, 6ti nk buat kenduri jgn lupe jemput tau..nak ade kad jemputan..xmau kot fesbuk nih..hahaha (agak demand)..oowwhh..dia tuh..a'ah..ye, hehe beruntuglah..

* berubah topik lain plak..huhuhu*

iyup. memang sy akui seronok dgr org dah de pasangan masing-masing. bakal zauj untuk menerajui sebuah baitulmuslim dengan penuh KASIH SAYANG dan CINTA. bakal zauj yg bakal memimpin dan membimbing zaujah nya kearah perjuangan Islam, jalan yang di redhai Allah untuk mendapat kerahmatan dan keberkatan,  mendidik dan menyemai rasa CINTA terhadap Islam. itulah impian sy. sy mahu bakal suami sy itu dapat mendidik dan membimbing sy. itu yg sy harapkan, namun..(terhenti)

sy juga mahu ade pasangan seperti mereka. seriously. macam indah saje ade pasangan nih. tapi betol ke?? sangat indah ea?? couple itu indah ke?? huurmm..i think maybe not. but it's become sins!! if u could defense from doing any prohibited things maybe u far from zina. Iman akan mudah rapuh apabila seorang insan bertemu dengan beza jantinanya. antara dua orang pasangan itu yang ditengahnye pasti terselit syaitonirrojim!! yg sentiasa menggoda anak adam to doing any prohibited things!! astaghfirullahalazim. sy percaya dan yakin, kawan-kawan sy itu pasti sedar akan batas dalam perhubungan mereka dan juga tahu tahu membezakan antara yang benar dan salah, so i hope my buddies do not doing such thing that yg memalukan pada diri sendiri dan family diorang. sy pasti itu!

benar. dulu pernah de seorang hamba Allah yang mahu bercouple sama sy. sy langsung tidak menyangka. walaubagaimanapun, dengan jujur sy mengatakan bahawa sy tidak mahu. yelah, i am still high school student! namun, pada persepsi sy, bercouple lah selama mana pun, tapi dah kalau si dia bukan jodoh kita..nak buat macam mana..terima lah dengan hati yang redha, Allah telah merencanakan sebaik mungkin perjalanan hidup kita.

sy pernah melihat situasi ini di universiti, rata-rata pelajar yang berpasangan ini ada kalanya membawa pro dan kontra. sebagai contohnya, dapat dilihat di dalam perpustakaan, huurrmmm..sgt rajin ye, study sesama..itu, sy tidak tahu la..mengulangkaji pelajaran kah atau selainnya..hehehe..husnul zzonn..

beginilah sy katakan, untuk mengakhiri entri sy pada kali ini, cuma untyk memperingatkan bahawa berwaspadalah jika sudah bercouple, jaga diri anda wahai kaum muslimat jangan anda mudah terpedaya dengan kata-kata dusta unless jika dia adalah suami kita.
~~ Jaga Diri, Hiasilah Peribadi ~~

Saturday, 3 September 2011

kembali sesak

Assalamualaikum...

Seperti biasa macam mana pada awalnya, begitulah akhirnya..jalan-jalan dan lebuh raya KEMBALI SESAK lagi. Warga kota yang pulang untuk berhari raya di kampung halaman kini sudah kembali ke 'sarang'nya untuk bekerja seperti biasa, kini segala-galanya kembali seperti asal. Mulalah kalau ada anak-anak kecil pasti ini lah yang membosankan mereka, manakan tidak jalan penuh sesak, menangis disitu, disana, akibat kepanasan!! Si bapa pula kalau yang pandu kereta gear manual, bertahan sajalah..tapi yang syioknya, gear automatik juga yang bikin senang..hahaha..

Walaubagaimanapun, diingatkan kepada semua para pemandu agar berhati-hati dijalan raya, ingatlah orang yang tersayang.

Esok juga, bagi pelajar-pelajar di negeri Terengganu, Kelantan, dan Kedah sudah mulakan hari persekolahan dan di negeri-negeri lain Isnin ini. Begitu juga dengan sebahagian para mahasiswa/i ada yang sudah kembali ke kampus kerana mengendalikan dan untuk melancarkan proses pendaftran penuntut bagi sesi 2011/2012. Semoga selamat semuanya.

p/s : pandu cermat, jiwa selamat :)

Friday, 2 September 2011

salam Eidulfitri

Alhamdulillah..baru berkesempatan untuk menjengah laman blog sy ini setelah sekian lame terhenti buat seketika. Jadi belum terlambat la disini tuk sy mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog sy yang tak seberapa nih..hehe..

Ramadhan berlalu, Syawal menjengah..moga ibadah puasa kita yang lalu diterima oleh Allah s.w.t . Sayu hati ini, yelah, Ramadhan yang berlalu baru ini sudah berjaya kita sempurnakannya, mungkinkah Ramadhan akan datang sempat menjenguh kita?? Berdoa sajalah pada-Nya agar kita dipanjangkan umur tuk menunggu Ramadhan yg akan datang..insyaAllah..

Sy selalu mengingatkan pada diri sy sendiri agar jangan mudah berasa puas hati dengan apa yg telah sy lakukan sepanjang Ramadhan lepas..selalu berasakan bahawa tidak cukup lagi dengan segala amalan2 yg telah dilakukan kerana kita hanyalah insan yang sering melakukan kesilapan dan kesalahan. Iman manusia itu sering bertambah dan berkurang bukannya seperti iman para Nabi dan Rasul yg sering bertambah dan bukan pula seperti iman para malaikat yg sentiasa konsisten.

Memang benar payah untuk melakukan sesuatu perkara dengan secara mendadak, tapi jika kita melatih diri kita untuk membuat sesuatu amalan itu secara berperingkat-peringkat dan sentiasa berterusan (istiqamah) itu sudah memadai. Andai dipanjangkan umur lagi, pada Ramadhan yg akan datang sy akan lebih bersungguh-sungguh lagi dalam menggandakan dan mengejar 'offer' atau tawaran yg tidak ada padanya dalam bulan-bulan yg lain. InsyaAllah..

Dalam bulan Syawal yg mulia ini juga, sedang kita berhari raya jangan lah kita melupakan pula puasa sunat  enam. Nabi Muhammad s.a.w bersabda : “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.).

Friday, 26 August 2011

MUFLIS??

Pagi yang begitu mendung dan suram sekarang di Kuala Terengganu...kebanyakan penghuni masih dibuai mimpi agaknye, yelah dengan keadaan cuaca yang macam ni...hehe...
 
Baiklah alkisahnya, alhamdulillah, sy masih lagi diberi kesempatan untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah di salah sebuah masjid. Masjid Tengku Tengah Zaharah a.k.a Masjid Terapung..haaa..tuan puan pernah dengar?? hehe..usai solat subuh, lazimnya mmg ada kuliah subuh tuk dijadikan santapan rohani...
 
Tapi hari ini, jemaah nye agak le ramai, mungkin dah tahu kot sape yg akan datang tuk sampaikan tazkirah tersebut..naaa..ce teka ce teka siapa ustaz tersebut??? Beliaulah Al Fadhil Ustaz Mohd Nor Hisyam Bin Tuan Padang...haaa..lah penceramah yg femes kat televisyen tu la...

Jadi disini sy ingin berkongsi serba sedikit ape yg disampaikan oleh beliau sebentar tadi. Tajuk kuliah beliau ialah MUFLIS...pernahkah anda mendengar perkataan itu?? sudah tentulah kan..muflis itu dari segi maknanya bankrup, nothing wealth anymore, non assets sebabnya semua sudah disita..itulah yang dinamakan muflis. Muflis didunia tidak mengapa akan tetapi jika MUFLIS diakhirat bagaimana?? Ya Allah..rugi..banyak rugi..

Apa yang dapat dipetik disini adalah mengikut sabda Nabi s.a.w MUFLIS itu kita sudah berbuat apa yang diperintahkan pertamanya solat, kedua puasa, dan ketiga menunaikan zakat akan tetapi apa yang menyebabkan jadi muflis ini adalah apabila kita melakukan lima perkara ini yang pertama mencaci, memaki hamun kedua fitnah, ketiga makan harta secara batil yang keempat, melukakan, mencederakan, atau dengan kata lain membunuh dan yang kelima adalah memukul orang. Apa yang sy faham 3 kebaikan dibalas dengan 5 kejahatan yg sia2 sekaligus meranapkan amalan kita...masyaALLAH..sekelip mata diakhirat kita boleh jadi MUFLIS atas perkara yang 5 itu..naudzubillah...

Jadi bersamalah kita hindarkan daripada yg 5 perkara tersebut..wallahua'lam

p/s : tuan2 dan puan2 semua sudah membayar zakat belum?? jika belum lunaskanlah segera...ingatan pada diri sendiri juga..wassalam..


Tuesday, 23 August 2011

Lailatul Qadar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

“Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a.

Alhamdulillah, masih lagi diberi ruang dan kesempatan untuk mengerjakan ibadah puasa ini yang telah termaktub dalam Rukun Islam. Sedar x sedar dah, malam ni dah pun masuk 24 Ramadhan...pantasnya masa berlalu. Inilah yang ditunggu-tunggu oleh jutaan umat Islam untuk bersama-sama mengabdikan diri, berlumba-lumba di saat 10 malam yang terakhir ini bagi mengejar syafaat  ataupun ganjaran pada malam Lailatul Qadar, ia, umum sudah mengetahuinya.

Inaya satu malam yang menyamai beramal 1000 bulan...subhanallah!! Maha Suci Allah!! maka rugilah orang yang tidak bangun pada 2/3 malam untuk menunaikan Qiamullail...peringatan ini juga untuk saya...malam Lailatul Qadar itu perlu dicari, bukan ianya datang bergolek. Kita mengharapkan agar tergolong dalam orang-orang yang mencari malam itu.

Masih ada ruang dan waktu buat kita, InsyaAllah. Berdoalah kita kepada-Nya nescaya akan dimakbulkan kerana doa pada waktu 2/3 malam itu adalah paling mustajab untuk hamba-Nya yang bersungguh-sungguh...

*maaf kerana tidak mampu untuk menghurai dengan lebih baik...yang lebih baik itu datangnya daripada Allah, dan yang lemah dan segala kekurangan itu  datangnya daripada saya-wallahua'lam








Friday, 19 August 2011

cari pasai

ish2...pa yg sy duk tulis nih..x nampak le...adooiii...dah tu lam gelap mmg la.. hanye bertemankan cahye dr skrin aje...huhuhu..naik berpinar gak mate nih...aduuiiihh...terpakse duk menaip lam gelap sbb x mau ganggu my mum yg da duk lam bilik nih..hehe..dia dah tido..sy lom ag gara2 nak menaip nih...agak2  bahye ke kite duk menaip lam gelap nih?? da pa2 kesan ka pade mata nih?? x smpai tue la sy ghamoknye dah pakai spek tebal kantanye..huhuhu..peAce yeooh!!




 alamaaxx kecik2 ag dh kene pakai spek...




saya pon lame2 lam gelap nih dh jadi macam ni..addooiiyaaaiii.

Thursday, 18 August 2011

masuk dapur

assalamualaikum dan salam Ramadhan...setelah dicongak, dicampur, ditambah dan ditolak, bulan yang mulia Ramadhan Kareem kini hanya tinggal lebih kurang dua minggu ja ag...subhanallah, pantasnye masa berlalu...jadi bagaimana ibadah kita sepanjang bulan ini?? bagaimana dengan ibadah2 sunat disamping yg wajib?? tepuk dada tanya iman.. :)

itulah..dalam bulan puasa ni, nak2 apabila hari lebaran juga sudah hampir menjengah, masing2 sudah sibuk untuk membeli barangan persiapan hari raya...macam2..de yang tukar set sofa baru, x kurang juge langsir baru, senang kate semua serba serbi tukar yang baru la..hahaha..ingatlah, berbelanjalah ala kadar sahaja...jangan terlalu melampaui batas...dalam kita duk senang lenang ingatlah orang yg kurang berkemampuan drpd kita..

alamaakk...terlebey suda, sepatutnye bukan itu yg hendak dimasukkan dalam entri kali ni..itu sepatutnye dijadikan cerita pada next post..okey, macam ni alkisahnya, 2 minggu lepas kami (sy dan kakak) telah merancang tuk membuat biskut raya..jadi pagi tadinya seawal jam 7 pagi kami dah masuk dapur tuk siapkan bahan2nya..menjadi juga..hahaha..

biskut yg kami buat td adelah Almond London..haaa..femes kan biskut tu, setiap kali raye je mesti mnjadi penyeri atas meja..kalu x de x sah...kami rajin bukan??..buat biskut di pagi2 hari...ye lah, daripada tempah baik buat sndiri kott..hehehe..senang je bahan2nya, bahan asas :- gandum, mentega, susu tepung skit, gula halus, kacang then uli2 menjadi lah iye..tp tu belom disaluti ngan coklat lagi..hehe pastinya kaw2 lah..

cadangnye esok mahu buat lagi...esok?? huhuhu..tgk dulu lah..bai..chaos, adios berambus...hehehe wassalam..


Tuesday, 16 August 2011

Terkenang Dosa-dosa lalu



Ramadhan 1432H..

Tatkala ku asyik mengenang dosa2 ku yang lalu,

Hatiku menjadi sayu,

Sebak menghimpit dada...

Titik2 jernih mula menyusuri denai ini...

Mengenangkan dosa2ku pada Mu Ya Rabbul Izzati...

Hidupku ini terhimpit oleh kenangan2 silam,

Menjelma dalam ingatanku,

Menggamit memori...


Masih kah ada ruang untukku Ya Allah...

Adakah dosa2 ku ini akan terampun oleh Mu Ya Allah...

Aku malu pada-Mu...

Aku insan yang kerdil lagi hina...

Ya Allah, aku zalim pada diriku sendiri...

Ampunilah dosa2ku Ya Allah...

Sucikanlah hatiku drpd perkara2 yg mendatangkan kemurkaan-Mu,

Jauhkanlah aku daripada azab seksaan api neraka- Mu...

peliharalah aku daripada segala jenis maksiat,


Kuatkanlah IMAN ku,


Rabbana la tuzighkulubana ba'da izhadaitana wahablana min ladun karah mah,


Innaka antal wahhab...

Luruskanlah jalan ku ini ke arah jalan yg Kau redhai...

Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui Ya Allah..

Lindungilah saudara2 ku yg telah banyak membantu ku Ya Allah,

Berikanlah mereka Rahmat-Mu,

Ampunilah dosa2 kedua ibubapaku,

yang sedari kecil telah menjagaku dengan baik,

memperelokkan lagi budi pekerti ku dengan ilmu-Mu Ya Allah...

Ku panjatkan doa ini kepada Mu Ya Allah,

Moga terampun dosa2 ku...

Amiinn..Ya Rabbal Alamin...



   

*sebagai manusia kita perlu perbanyakkan muhasabah diri..ambil mase untuk mengenang dosa2 kita yang lalu..agar dijadikan sebagai pedoman agar tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut...*

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram"
Surah Ar-Rad : 28

Thursday, 11 August 2011

i'm quit

maaf sebab sy tak mampu lagi untuk menggalas tanggungjawab ini...i am deeply thinking already...lebih baik sy berundur...jika sy terus berada diposisi sy sekarang, pasti lebih ramai sy mengecewakan ahli anggota sendiri...sy yakin ade lagi org yg lebih layak drpd sy untuk menyandang posisi ini...sy harus berterus-terang pada ketua sy...HARUS!! sy tak mau menjadi bahan cemuhan org, dan sy juga tak mau menambahkan dosa sy atas tanggungjawab yg perlu sy lakukan itu sbb x wat kerje...kelak diakhirat sy akan ditanya dengan tanggungjawab sy didunia...sy memang x guna!!~~ sy minta maaf~~!!

 " Kalian adalah pemimpin, maka kalian akan ditanya tentang kepimpinannya. Penguasa adalah pemimpin,, Suami adalah pemimpin keluarga, maka akan ditanya atas kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin (rumah tangga suaminya), maka akan diminta bertanggungjawab. Pelayan adalah pemimpin (atas harta tuannya), maka akan dimintai bertanggungjawab atas pengelolaannya. Oleh kerana kalian adalah pemimpin, maka kalian akan dimintai bertanggungkawab " 

< Hadis Riwayat Bukhari Muslim >

Tuesday, 9 August 2011

bukan milikku lagi

Assalamualaikum dan selamat pagi...

alhamdulillah..hari ini sudah masuk 9 Ramadhan...makin sekejap je rasenye...okey, go straight to the point lah...hehe..masih ingat lagi x kisah sy yg kehilangan sandal tu?? kalau x ingat, buat2 ingat je la...huhuhu...smpai sekarang masih belum ku jumpa, ye la..mane de org nak pulangkan balik barang yg telah dicuri tu kan?? de ker?? xpe la...ia bukan lagi menjadi milik sy...tapi telah menjadi hak org lain...yg sy x tau pon sape pemiliknye yg baru..mungkin dh dijual di kedai2 bundle...huhu...benar, barang yg kita ade walaupun semahal mane pon, dh kalau Allah hanye bagi kita pakai sekejap je, anggaplah ia hanya sebagai pinjaman dari-Nya...itulah kate2 umie ku...ku pasrah, ku akur...segala2nya bukan milik kita...

ustaz juga pernah berkata, harta (wang) juga bukan milik kita...walaupun berjuta2 mana duit yg kita ade dalam simpanan bank, ianya tetap bukan milik kita...pada hakikatnye, wang itu hanye pada dasarnye semata2...anda tahu x, jika kita bersedekah sebanyak RM500 contohnya, wang yg sebanyak itu, maka itulah harta kita..saham kita di akhirat nanti..jadi sempena di bulan yg penuh barakah ini, perbanyakkanlah sedekah untuk memenuhi saham di akhirat...infaq untuk ke akhirat ini besar pahalanye, x rugi jika kita melabur disana...janganlah kita semata2 mengejar duniawi dan tinggalkan saham ukhrawi nun disana. 

* ingatan untuk sy juga, infaqlah ke jalan yg benar *

Sunday, 7 August 2011

"Uhibukka/i Fillah"

Melihat air yang mengalir di sungai ini, hatiku bertambah syahdu. Air yang mengalir, deru yang mengelus, bagai menemani sedihku akan sebuah kehilangan. Aku akan terus disini menantimu sahabatku, aku kini akan memenuhi impianmu...
"Luqman, apa yang kau buat?" Luqman tersenyum padaku. Air matanya tiba-tiba bergenang sayu, "aku isi permohonan sambung belajar di Mesir." Aku tersentak mendengar jawapannya. "Kau serius?" Luqman tidak menjawab persoalanku, aku bagaikan disimbah kehangatan pilu.
"Iqbal, ana uhibbuka fillah," Luqman menatap mataku, tangannya berhenti menulis.
Kalimah agung itu diucap lagi. Aku sahaja yang masih belum mampu menuturkannya. Aku tidak berani bertanya lagi, aku takut diriku pilu, aku takut hatiku tidak mampu untuk menerimanya.
Tiga hari aku tidak hadir ke sekolah, suhu badanku mendadak naik, mengangkat tangan pun aku tidak larat, apatah lagi mahu melangkah keluar dari bilik. Luqman juga tidak kuhubungi. Sengaja! Aku tahu, sakitku ini berpunca dari berita yang kudengar. Aduh, hatiku belum mampu menerimanya, pilu apabila memikirkan Luqman akan meninggalkanku. Air mataku menitis tiap kali aku memikirkannya.
Pagi itu apabila aku membuka mata, aku lihat Luqman terlena disisi katilku. Dia duduk di atas kerusi sambil kepalanya terlentok di birai katil, jemarinya memaut erat lenganku. Dinihari tadi, aku ada tersedar, aku lihat ada orang sedang sujud di hujung katilku, tetapi kepalaku terasa terlalu berat untuk ambil tahu siapakah dia. Lama dia bersujud, hingga aku terlena kembali. Luqman rupanya... aku cuba menggerakkan tanganku dan Luqman segera terjaga.
Tersenyum dia ke arahku, matanya bengkak, sungguh dia tidak mampu menyembunyikan tangisannya sepanjang malam. Mahalnya aku tika itu untuk membalas senyumannya.
Dalam beberapa jam sahaja, suhu badanku semakin meninggi. Akhirnya aku masuk ke wad ICU kerana demam panas. Luqman langsung tidak meninggalkanku. Seminggu aku dirawat, seminggu itulah dia sanggup terlepas pelajarannya. Sungguh! Syahdunya saat itu.
Aku berlari keriangan, dalam genggamanku ada sepucuk surat. Sampulnya biru. Dari tulisan tangan di muka depan sampul surat itu, aku tahu siapa pengirimnya, aku tahu suratku berbalas, aku tahu dia membalas kirimanku. Aku hanya ingin mencari Luqman.
Luqman kehairanan melihatku, " kenapa ni?" Aku lantas memeluknya. Lantas ku suakan surat itu kepadanya, "surat apa ni?" berkerut dahi Luqman. "Asiah Maisara balas surat aku," senyumku sampai ketelinga, tersengeh macam kerang busuk. "kau tak cakap pun pada aku yang kau bagi surat untuk Asiah Maisara?" aku menjawab soalan Luqman dengan hanya senyuman.
Luqman sudah tahu tentang perasaan hatiku pada Maisara, tentu dia dapat mengagak apa isi suratku. Luqman menarikku ketaman, jauh dari orang. Aku masih diselubungi bahagia.
Luqman duduk di atas rumput, aku ikut serta, senyuman aku tiba-tiba hilang apabila aku melihat raut wajah Luqman yang sedikit tegang. Namun masih kelihatan tenang, sejuk hatiku.
"Iqbal, sahabat yang Luqman sayang, ketahuilah sayang Luqman kepada Iqbal hanya kerana Allah. Lama sudah aku ingin menegur isi hatimu, namun kupendam jua, mencari waktu yang sesuai. Sebelum kau buka sampul surat itu, dengarlah luahan hatiku.
Iqbal, yang kucintai, tidak salah menyayangi seorang perempuan kerana itu fitrah. Namun pabila fitrah disalah guna, jadilah ia fitnah. Fitnah itu ada bermacam-macam jenis, salah satunya adalah zina.
Zina itu dilaknat Allah. Zina pula ada bermacam-macam jenis. Zina hati, apabila kita merindui dan berkhayal orang yang kita rasa kita cintai, dan ajnabi bagi kita. Zina tangan, apabila kita telah memegang ajnabi, menulis kata-kata cinta untuk si dia juga dianggap zina tangan. Zina mata, apabila kita selalu memandangnya, bahkan menjelingnya. Nauzubillah.
Iqbal, sahabat yang kukasihi. Cinta yang benar-benar sejati adalah cinta Allah, kemudian cinta Rasul. Aku ingin mengajak kau bercinta bersama-sama denganku. Cinta Allah tidak pernah mengecewakan, cinta Allah selama-lamanya abadi."
Aku menitiskan air mata mendengar madah bicaramu, hatiku basah dengan linangan syahdumu. Dan bermula saat itu, kau mengajar aku mengenal cintanya Robbi. Aku membuka lipatan surat ditanganku. Kertas itu hanya dihiasi serangkap madah;
"Cinta yang kucari adalah cinta Ilahi. Hati ini masih belum benar-benar mencintai Ilahi, aku tidak rela meretakkan cinta yang kusulam dengan cinta ajnabi. Carilah cintaNya yang hakiki, nescaya kau tidak kecewa dengan duniawi."
–Asiah Maisara-
Menitik air mataku disetiap sujudku. Saban ketika aku terbayang gadis solehah bertudung labuh itu, yang menemaniku, sesalan khilafku.
Suatu hari, Luqman menghadiakanku Quran terjemahan sedangkan Luqman tahu aku sudah punya satu.
"Ambillah, ini pemberian dari orang yang kau cinta."
Aku anggap itu pemberian darimu, lantas kupeluk dan kucium, ku bawa kemana sahaja.
Saat itu, cintaku pada Asiah Maisara telah kucampakkan kepinggir hati agar dia tidak mencuri cintanya Robbi.
Tamat sahaja kertas terakhir SPM, Luqman menghulurkan satu borang kepadaku. Tersenyum dia menatapku, "Ini borang kursus dakwah dan tarbiah, dua tahun di Madarasah As-salasussoleh." Pakcik aku yang anjurkan. Tempat aku dan kau dah tersedia. Setujulah?!"
Dua tahun? Sempatkah Luqman menghabiskannya bersama denganku. Tawaran ke Mesir akan sampai sebelum itu. Tegakah?
Namun aku tidak berani bertanya, takut ke ICU lagi. Sejak peristiwa dahulu, Luqman tidak lagi membuka kisah ini, mengerti barangkali. Kami teruskan jua perjuangan di As-salafussoleh.
Luqman banyak membantu. Tika aku masih belum mampu bangun tahajjud, sabarnya dia mengejutkanku. Kadang-kala, tanpa sedar aku membentaknya. Aku jua tahu, dia memberi bermacam-macam alasan kepada pelatih, agar dia mampu membimbingku sendiri tanpa paksaan. 
Menghafal al-Quran juga begitu. Kami sama-sama, tetapi dia lagi mudah menghafal dariku. Malah aku tahu sesetengah surah telah dihafalnya, namun dia sengaja mengulangnya berkali-kali dan tidak beralih kesurah lain, melainkan aku telah menghafalnya dengan fasih.
Luqman, betapa sabarnya kau membimbingku. Keputusan SPM keluar, tika kita masih dalam perjuangan. Keputusan Luqman cukup cemerlang. Aku tahu dia akan layak meninggalkanku untuk memenuhi impiannya ke Bumi Anbiya. Diam-diam aku mengisi borang permohonan ke sana. Aku ingin menyusulmu, walaupun bukan hari yang sama denganmu.
Suatu hari, tika Luqman tiada di biliknya, aku perasan akan surat itu dalam timbunan segala kitab. Seolah-olah Luqman mahu menyembunyikannya dari sesiapa sahaja.
-Surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar, Mesir-
Tersentak jantungku, apa yang aku bayangkan Luqman akan pergi meninggalkanku dibumi ini sendirian lagi. Namun ku lihat tarikh surat itu, 3 bulan yang lalu, dan tarikh yang sepatutnya dia bertolak ke Mesir adalah...KELMARIN.
Terduduk aku disitu, lantas kusujud. Allah, Kau mengerti akan deritanya hatiku seandainya Luqman jadi pergi. Allah, aku tahu Luqman berkorban demiku, mengorbankan cita-citanya demi sahabat tercinta.
Aku kembali meletakkan surat itu di tempat asalnya. Aku tidak mahu Luqman tahu, aku tahu akan kisahnya. Aku tidak mahu Luqman tahu aku berkongsi derita sebuah impian yang tidak kesampaian.
Ingin sekali aku bertanya mengapa dia melepaskan peluang ini. Tetapi, entah kenapa, aku tidak sanggup. Kupendamkan jua.
Sampailah suatu hari...
Selesai solat subuh Luqman menyalamiku, matanya sembap, aku tidak tahu mengapa, tangannya terasa beku. Luqman mendakapku.
Aku merasakan dakapannya memaut bahuku. Debar! Semakin berat dan semakin berat.
"Luqman?"
Kau tidak menjawab teguranku, badan Luqman seolah-olah menggelongsor dari pelukkanku.
"Luqman,"
Allahhu Akbar, saat itu jantungku, hanya Robbi yang mengerti.
 Aku sempat memautnya, aku terduduk, memangku Luqman, ku paut lengannya, aku biarkan dia baring di ribaanku. Luqman sempat tersenyum padaku sebelum matanya kian terpejam dan terus terpejam. Wajahnya pucat, bibirnya biru, namun raut tenangnya seolah-olah memujuk hatiku.
"Luqman, 
 bibirku bergetar, aku menggoncang tubuhnya, namun tubuh itu terus beku. Menitis airmataku, Luqman dikejarkan ke hospital.
Hancur luluh hatiku melihat derita Luqman. Sepanjang hari aku menemani Luqman, tidak sejenak pun aku tinggalkan. Solat pun di situ, makan sudah aku lupakan. Apa yang ada dihatiku, fikiranku, mataku, sentuhanku hanyalah Luqman. Sepanjang hari Luqman tidak sedarkan diri.
Pucat lesi wajahnya merenggut jantungku. Malam itu aku bertahajjud lama. Sepanjang doa yang kurintihkan, airmata yang menemaninya. Sepenuh pengharapan kuserahkan pada Ilahi, mohon agar dikembalikan Luqman kepadaku.
Esoknya Luqman mulai sedar, namun dia belum mampu berbicara. Apa yang dilakukan padaku hanyalah tersenyum. Aku tahu dia mahu aku tabah, tabah harungi ujian ini. Senyuman itu juga menunjukkan dia kuat mengharungi ujian ini.
Seminggu berlalu, Luqman kelihatan semakin pulih. Orang yang paling gembira adalah aku. Mulanya Luqman solat, hanya dengan gerakan mata, kini dia sudah boleh mengiring menghadap kiblat.
Saban malam aku sujud syukur pada Ilahi, ku mohon agar Luqman diberikan kesembuhan sepenuhnya.
"Iqbal!"
Aku tersentak, rintihanku disela teguran Luqman. Aku cepat menghapuskan air mataku. Segeraku hampiri Luqman. Tanganku spontan mengusap ubun-ubun Luqman. Allah, rambutnya gugur. Aku cuba mengawal reaksiku, kerana aku tahu Luqman sedang menatapku.
"ana uhibbuka fillah," 
 sayu suara Luqman menyapa pendengaranku, air mataku lantas mengalir deras di pipi Luqman tersenyum sambil air matanya turut mengalir. Aku lantas memeluk Luqman erat-erat, "ana uhibbuka fillah, Luqman."
Aku terasa Luqman membalas pelukkanku. "Itu yang pertama, kau ucapkan? Sudah lama aku menanti, bertahun rasa dan akhirnya..." ayat itu diakhiri esakkan. Aku menangis dan dia juga. Esakkannya semakin perlahan, "kau tahu..." katanya memulakan bicara. Aku melepaskan pelukan sedikit demi sedikit. "Aku dapat tawaran ke mesir," diam sejenak. "Dan aku tahu kau sudah tahu," airmataku menitis lagi. Aku tidak berani bersuara. 
"Tetapi apabila aku istiqharah, dalam sujudku, aku hanya nampak bayangan wajahmu, Iqbal. Kadang kau menangis, kadang kau ketawa. Setiap kali istiqharahku, bayangan kau yang menemani, aku jadi keliru, mengapa begini?"
 "Suatu malam aku bermimpi, kau dan aku di sungai yang selalu kita kunjungi. Kau kata, Allah tidak mahu aku ke Mesir, Allah mahu aku disisi kau, menemaniku. Kerana itulah aku menolak tawaranku ke sana. Aku tahu mimpiku petunjuk yang esa. Takku sangka begini akhirnya."
Air mata Luqman menitis, aku pantas memeluk Luqman kembali, dengan tangisan. Luqman berbisik padaku, "esok bawakan aku ke sungai itu. Aku ingin bersamamu buat kali terakhir." Aku mengangguk lesu. Moga itu bukan kali terakhir.
"Aku punya satu permintaan lagi."
"Apa, Luqman?"
"temani aku dengan alunan al-Quran dan zikir dari suaramu, Iqbal." 
 Akan ku tunaikan permintaanmu, Luqman.
Setelah mendapat kelulusan daripada pihak hospital dan memberi jaminan membawa Luqman kembali ke sini, aku dan Luqman akhirnya sampai jua ke kawasan air terjun ini. "kau tahu kenapa aku suka sangat kawasan air terjun ini?" Aku memandang Luqman, dia tersenyum menatap aliran air sungai yang mengalir. Ya Allah, betapa Luqman menyembunyikan derita sakitnya. Aku menahan air mataku dari terus mengalir, aku mahu Luqman lihat aku kuat.
"kau pernah beritahu aku, saban ketika kita berkunjung kesini. Kau kata kau suka dengar alunan zikir di sini. Kau suka dengar suara sungai dan air terjun ini mengucap tahmid kepada Allah, angin menderu mengalun tasbih kepada 'yang Satu' dan unggas yang bersama-sama denganmu melafazkan takbir." 
 Luqman senyum lagi, betapa senyumannya menyejukkan hatiku.
"Iqbal!"
"ya!"
"ana uhibbuka fillah"
"ana uhibbuka fillah aidhan."
Aku sudah kuat untuk membalas kata-kata itu dan aku kuatkan diri, supaya air mata ini tidak menitik ke pipi.
"Kau tahu, setelah Allah dan Rasul, kedua-dua arwah ibu dan ayahku...kau hadir saatnya aku kehilangan mereka...insan yang kucintai, setelah mereka, sepenuh hatiku, adalah engkau Iqbal!"
Menitis jua airmataku, tidak mampu kutahan lagi. Kupeluk Luqman seerat-eratnya.
"kerana kau jua kucintai sepenuh hati, Luqman"
Pulang dari air terjun, Luqman meminta untuk berehat, lantas Luqman tidur. Dua hari Luqman tidak sedarkan diri. Tapi doktor cakap keadaan Luqman stabil, Luqman sudah melepasi saat-saat kritikal. Itu sudah cukup membuatkan aku tenang.
Aku sentiasa di sisinya, menunaikan janjiku, mengalun al-Quran. Kadang-kadang apabila aku penat, aku alunkan zikrullah. Sekali-sekala aku melihat Luqman tersenyum dalam lenanya. Penatku hilang, lantas ku sambung bacaanku.
Petang itu adikku datang, membawa surat yang sampai di rumah. Rupa-rupanya surat tawaran ke Mesir. Jadual penerbangannya lebih kurang 4 bulan lagi. Aku ingin memberitahumu, Luqman.
Apakah aku jua akan bekorban seperti mana pengorbanan yang pernah Luqman relakan?
Pagi esoknya Luqman membuka mata. Gembiraku bukan kepalang. Nampak sahaja diriku, Luqman tersenyum, dan perkataan yang pertama keluar adalah, "ana uhibbuka fillah, Iqbal."
Menitis airmataku. Luqman nampak segar, tiada kesakitan di wajahnya. Serasanya ada cahaya yang bersinar menyuluh harapan.
Ku genggam surat tawaranku.
"Balaslah, katakan untuk kali terakhir."
Aku tersedu. "Luqman, ana uhibbuka fillah sepenuh hatiku."
Luqman tersenyum. "moga Allah mempertemukan kita di syurga."
Aku mengangkat surat tawaranku. Belum sempat aku bicara, Luqman sudah mula berkata, "bisikkan padaku syahadah." Aku tersentak, jantungku direnggut. Namun ku sembunyikan. Aku menurut, ku dekatkan wajahku ketelinganya.
"Terima kasih kerana menjadi sahabatku Iqbal. Yang aku cintai semata-mata kerana Allah." Menitis jua airmata Luqman di pipinya.
"Terima kasih buatmu jua sahabatku."
Luqman diam, matanya terpejam, aku mengalunkan syahadah di sisi telinganya, aku mendengar halus suara Luqman mengikut. Aku teresak.
"Asyhadu anla ilaha illallah waasyhadu anna muhammadar-rasulullah."
Kemudian suasana menjadi sunyi. Aku kembali berdiri. Entah bagaimana sinar mentari dhuha bisa mencelah masuk, menyinari ubun-ubun Luqman. Dan hembusan nafas terakhir kalinya meninggalkan aku. Aku terduduk. Semacam kudengar bisikan Luqman,
"kerana Allah bersama denganku, Allah jua di sisimu Iqbal. Pasrahlah."
Aku terima pemergian dia, insan yang kucinta. Sebentar lagi aku akan terbang menunaikan impian Luqman. Terbang untuk mendengar tasbih, tahmid dan takbir sungai Nil. Kupeluk erat Quran terjemahan yang Luqman hadiahkan.
"Masih erat ya, nta peluk Quran pemberian ana."
Aku tersentak, ku dongak, seorang gadis berpurdah berdiri di hadapanku ditemani seorang lelaki. Aku kenal lelaki disisinya, tentu gadis berniqab ini kakaknya, "Asiah Maisara?"
Aku nampak bening matanya mengecil, barangkali dia sedang tersenyum. "Boleh ana pegang Quran itu sebentar?"
Dalam kekagetan, aku menyerahkan Quran ditanganku kepada Maisara. Betul-betul didepan mataku, Asiah Maisara menyelitkan sepucuk surat dalam helaian al-Quran itu. Aku terkesima.
Dia kembali memberikan Quran itu padaku. "Ana minta diri dulu," dan dia berlalu. Aku membuka Quranku dan melihat tulisan pada sampul surat yang diberikan 'balasan surat ini adalah untuk surat yang nta beri waktu sekolah dahulu'.
Aku tersenyum, teringat kembali kata-kata Luqman, "ambillah, ini pemberian dari orang yang kau cinta." Aku memeluk dan mencium Quranku.
-Seperti yang nta tahu, ana adalah mahasiswi universiti yang akan nta jejaki. Telah ana ceritakan tentang nta pada Abi ana. Dua bulan lagi, kami sekeluarga akan mengerjakan umrah. Selesai umrah, abi ana akan menikahkan ana dengan lelaki pilihan ana. Dan lelaki pilihan ana adalah nta Iqbal. Semoga nta sedia menunggu ana disana, kerana ana yakin ana masih dihati nta. 
 -Asiah Maisara-

cerpen ini dipetik dari  

seringkali juge sy perasankan kalimah uhibbuki/a fillah ini...akan tetapi sejauh mane persahabatan kita yg telah kita jalinkan dengan rakan2 kita???...apekah yg tersirat di sebalik kalimah ini???